Butiran podcast
No Tapis
Berita Harian
Penerangan
Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual. Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi. Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.
Butiran
Episod podcast terkini
200 episod tersedia (Jumlah RSS 561; menunjukkan terkini 200) · Halaman 1 daripada 20
| Episod dan kandungan | tarikh | Tempoh | Dengar |
|---|---|---|---|
|
Episode 491 NoTapis - Moza Alyka: Dari ‘kiddy pool’ ke Sportsgirl of the Year
Bermula di ‘kiddy pool’, kini bergelar Sportsgirl of the Year 2026! Perenang berusia 15 tahun ini yang dilahirkan sebelah tangan membuktikan kekurangan fizikal bukan hambatan untuk menakluk pentas antarabangsa dan memecahkan rekod. Ikuti episod podcast NoTapis ini bersama Moza Alyka Baihakki yang mengupas pengorbanan anak muda ini berlatih pada awal pagi, mengimbangi antara pelajaran dengan sukan serta impiannya. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2026-11-20 | 40:59 | Dengar |
|
Episod 490 NoTapis - Susah Nak Hamil, Salah Siapa? Suami atau Isteri?
Bila pasangan suami isteri sukar mendapatkan zuriat, kenapa wanita sering menjadi tumpuan? Sedangkan masalah kesuburan juga boleh berpunca daripada lelaki. Dalam episod NoTapis kali ini, kami bersama pakar perbidanan dan sakit puan, Dr Julianah Abu, serta pengasas Body Literacy Girlies, Cik Aneesa Ahmad Jailani, untuk membincangkan faktor yang menjejas kesuburan lelaki dan wanita, kepentingan memahami kitaran haid serta mengapa pendidikan kesihatan reproduktif perlu bermula sejak usia muda. Adakah kita sebenarnya cukup mengenali tubuh sendiri? See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2026-11-13 | 56:37 | Dengar |
|
Episod 489 NoTapis - Tak Fasih Melayu, Boleh ke Masuk Persatuan Melayu?
Kena fasih bahasa Melayu ke kalau nak sertai persatuan Melayu di universiti? Dalam episod NoTapis kali ini, bersama Presiden Persatuan Bahasa dan Budaya Melayu Universiti Teknologi Nanyang (Perbayu NTU), Encik Naufal Aiman Jasni, dan Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Nasional Singapura (PBMUKS), Cik Pearl Insyirah Mohd Mubbin, kami membincangkan cabaran menarik minat mahasiswa terhadap bahasa dan budaya Melayu. Daripada penggunaan bahasa Inggeris, trend media sosial hinggalah kegiatan yang lebih dekat dengan jiwa Gen Z, bagaimana persatuan Melayu ini menyesuaikan pendekatan mereka supaya kekal relevan? See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2026-11-06 | 50:10 | Dengar |
|
Episode 488 NoTapis - AI vs pakar terapi: Boleh ke ChatGPT gantikan sesi terapi?
Pernah tak luahkan perasaan pada AI? Dan jawapan yang ia berikan pun macam sedapkan hati? Kalau nak pergi sesi terapi pula macam mahal dan lama nak kena tunggu? Dalam episod NoTapis kali ini, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Prowise Consultancy & Ace Asia Pte Ltd, Dr Rasimah, dan Pengasas, Pengamal Utama di Practitioners Collective, Encik Ahmad Taufiq kupas dilema mendapatkan bantuan dan sokongan emosi dan mental dalam era sekarang. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2026-10-30 | 1:00:03 | Dengar |
|
Episod 487 NoTapis - “Gambar ‘handsome’ tapi bila jumpa, macam ‘cardboard’?”
Dekat ‘dating profile’ bukan main, tapi bila jumpa ‘in-person’....kecewa? Nak cari pasangan hidup, tapi banyak sangat syarat? Kena ada kerjaya stabil, simpanan mencukupi, rupa paras menarik, malah ada yang sampai tetapkan BMI calon pasangan! 👀 Dalam episod NoTapis kali ini, Natasha bersama tiga ‘match-makers’ - penyedia khidmat mencari jodoh,-Serasi Souls, Sacred Weave dan Peas In A Pod, mengupas cabaran mencari pasangan hari ini. Kenapa lelaki lebih keberatan menyertai acara mencari jodoh? Adakah kita terlalu memilih atau sebenarnya takut ‘rejection’? See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2026-10-23 | 54:30 | Dengar |
|
Episod 486 NoTapis - Sukan pecah tulang?! Kisah atlet S’pura di World Nomad Games
Pernah dengar sukan pecah tulang kambing atau gusti atas kuda? Dalam episod NoTapis kali ini, kita menyelami dunia sukan tradisional yang mungkin jarang mendapat perhatian di Singapura. Bersama tiga wakil Singapura ke Sukan Nomadik Dunia 2026 di Kyrgyzstan atlet memanah Encik Muhammad Sufi Rohaizad dan Cik Noor Zayanah Hamis, serta atlet ‘strongman’, Encik Ahmad Taufiq Muhammad kita dengar pengalaman mereka bertanding dalam acara memanah tradisional dan strongman. Daripada pengalaman tidak dijangka sepanjang temasya, pakaian tradisional lengkap dengan tanjak, hinggalah kisah bagaimana sukan membentuk kehidupan dan kerjaya mereka. Apa yang membuatkan mereka terus mengejar minat dalam sukan yang kurang dikenali ini? See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2026-10-16 | 1:05:13 | Dengar |
|
Episod 485 NoTapis - Bukan Melayu tapi cinta Bahasa Melayu
Apa yang mendorong seorang lelaki Singapura bukan Melayu untuk belajar bahasa Melayu secara serius? Dalam episod NoTapis ini, Encik Bhargav Sriganesh berkongsi perjalanannya: daripada seorang yang bertutur dalam bahasa Melayu tanpa memahami maknanya, hingga menjadi fasih berbahasa Melayu selepas latihan intensif selama empat bulan. Beliau mendedahkan cabaran yang dihadapi, pengalaman bertugas sebagai pegawai diplomatik di Kuala Lumpur sebelum ini, serta bagaimana bahasa Melayu menjadi jendela kepada budaya dan nilai masyarakat. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2026-10-09 | 45:18 | Dengar |
|
Episod 484 (BHGN 2) - Jangan biar bahasa Melayu jadi bahasa ‘order’ makan saja
Selepas habis sekolah, masihkah kita gunakan Bahasa Melayu? Atau adakah Bahasa Melayu akhirnya hanya digunakan untuk berbual dengan keluarga, pesan makanan dan dalam situasi tertentu sahaja? Sempena Bulan Bahasa, NoTapis bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Melayu NUS, Dr Azhar Ibrahim Alwee, membincangkan mengapa penggunaan Bahasa Melayu semakin berkurangan selepas alam persekolahan. Kami juga bincangkan “grammar police”, identiti Melayu, penggunaan AI dan persoalan lebih besar: bagaimana Bahasa Melayu boleh terus menjadi bahasa yang hidup, moden dan mampu membawa ilmu serta idea baharu? See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2026-10-02 | 48:16 | Dengar |
|
Episod 485 NoTapis - POV Si Cilik
Sempena Hari Kanak-Kanak, NoTapis dan OMGxBH menyerahkan mikrofon kepada si cilik untuk menjawab persoalan ‘besar’ yang biasanya dibincangkan orang dewasa. Dalam episod khas ini, tiga kanak-kanak Elliya Sophia Mohammad Sofian, Eilshan Shakil Mohammad Sofian dan Zara Sofia Muhd Syahrul, berkongsi pandangan mereka tentang mempunyai adik, dan kehidupan dalam keluarga yang lebih besar, penggunaan skrin dan juga aspirasi mereka! See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2026-10-02 | 10:57 | Dengar |
|
Episod 484 (BHGN 1) - “Saya tak bual Melayu pasal bahasa Melayu saya tak bagus…”
“Bahasa Melayu saya tak bagus.” Tapi betulkah kita tak berbahasa Melayu kerana “Melayu tak bagus” atau kerana tak nak cuba? Sempena Bulan Bahasa, NoTapis bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Melayu NUS, Dr Azhar Ibrahim Alwee, membincangkan kedudukan Bahasa Melayu dalam masyarakat Singapura hari ini. Daripada ‘berbual rojak’ dan rasa takut tersilap, hingga persoalan sama ada Bahasa Melayu semakin terpinggir, kami kupas apa sebenarnya yang perlu dilakukan agar bahasa ini terus hidup, digunakan dan berkembang dalam generasi akan datang. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2026-09-25 | 37:58 | Dengar |
Lagi daripada Berita Harian
Tiada podcast lain yang diterbitkan daripada pencipta ini tersedia pada masa ini.
Podcast yang serupa
Data podcast dan karya seni adalah milik pencipta dan penerbit mereka. Laman web ini menyediakan data direktori dan pautan sumber sahaja.