Butiran podcast
No Tapis
Berita Harian
Penerangan
Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual. Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi. Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.
Butiran
Episod podcast terkini
200 episod tersedia (Jumlah RSS 561; menunjukkan terkini 200) · Halaman 20 daripada 20
| Episod dan kandungan | tarikh | Tempoh | Dengar |
|---|---|---|---|
|
Cukup ke ibadah bulan Ramadan ini?
Setiap tahun kita menantikan bulan yang mulia ini. Tetapi kadangkala, kita menjadi sibuk dengan kerja, urusan keluarga dan lain-lain hingga menjejas masa beribadah. Jadi, adakah ibadah kita mencukupi sepanjang Ramadan ini? Bagaimana caranya untuk meningkatkan penghayatan dalam Ramadan? Dalam episod NoTapis ini, Timbalan Mufti, Dr Izal Mustafa Kamar berkongsi panduan bagaimana kita dapat terus meraihkan kebaikan bulan Ramadan ini sedang kita menjalani kehidupan yang sibuk. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2024-03-15 | 25:30 | Dengar |
|
Kalau bukan rakyat sendiri yang lindungi Singapura, siapa lagi?
Hari Pertahanan telah pun diperkenalkan selama 40 tahun, dan ia telah menjadi sebahagian daripada ‘DNA’ kita semasa kita merenung sejarah kita semasa Perang Dunia kedua (WW2). Tapi, masih relevan ke? Dalam podcast #NoTapis kali ini, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad berkongsi bagaimana setiap warga Singapura boleh memainkan peranan yang penting dalam melindungi Singapura hari ini. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2024-02-15 | 35:22 | Dengar |
|
Siapakah bakal jadi Presiden Indonesia?
Siapakah bakal menjadi Presiden Indonesia baru? Gandingan Prabowo-Gibran pilihan ramai belia? Dalam podcast #NoTapis kali ini, hos Nur Adilah Mahbob, Timbalan Editor Berita dan kohos, Nizam Ismail, Editor Bersekutu Berita Harian membincangkan tentang Pilihan Raya Presiden di negara jiran Indonesia bersama Dr Mustafa Izzuddin, Penganalisis Kanan Ehwal Antarabangsa di Solaris Strategies Singapore, Dr. Pradana Boy Zulian, Ketua Pusat Pengajian Islam dan Falsafah, Universiti Muhammadiyah, di Malang, Indonesia dan koresponden Berita Harian di Jakarta, Ismira Lutfia Tisnadibrata. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2024-02-08 | 36:34 | Dengar |
|
Doktor SAF bantu mangsa Gaza di Mesir, balik penuh insaf?
Leftenan Kolonel (Dr) Nazirul Hannan Abdul Aziz, yang pakar dalam perubatan kecemasan, merupakan antara dua wakil Singapura dipilih untuk menyokong operasi perubatan merawat mangsa-mangsa perang Gaza di Mesir, baru-baru ini. Dalam podcast #NoTapis kali ini, Dr Nazirul berkongsi pengalamannya yang membuka mata dan minda. Tetapi apakah yang disaksikan beliau hingga terbit rasa insaf? See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2024-02-06 | 42:53 | Dengar |
|
Hendak kahwin lagi bukan senang...
Kalau kita cakap pasal berkahwin lagi, orang fikir senang tapi sebenarnya ada juga cabaran yang dihadapi pasangan itu. Dalam podcast #NoTapis kali ini, bersama penerbit podcast, Natasha Mustafa, Cik Mardiana Mohd Isa, Pekerja Sosial Kanan PPIS Vista Sakinah dan Ustaz Hidayat Ismail seorang naib kadi mengongsi bagaimana mereka membantu menyediakan semua pihak dalam keluarga untuk mengharungi perjalanan yang baru. Podcast ini dianjurkan dengan kerjasama antara #NoTapis dan PPIS, Satu Hati Satu Famili. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2024-01-19 | 46:13 | Dengar |
|
Sukan gusti sama dengan WWE ke....
Can you SMELLLL what the rock is cooking? Eh ni bukan rakaman WWE tapi #NoTapis bersama dua atlet gusti muda Aryan Azman dan Heba Lutfina - yang telah meraih keputusan cemerlang di pentas antarabangsa. Dalam podcast #NoTapis kali ini, Aryan dan Heba berkongsi bagaimana mereka menceburi sukan ini sejak kecil lagi! See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2024-01-19 | 37:07 | Dengar |
|
Demi anak, penceraian itu bukan tanda noktah....
Jika pasangan bercerai, orang di keliling mereka juga terjejas. Bagaimana Cik Siti Norhasikhin Hassan dan anak-anaknya terjejas akibat perceraiannya? Dalam podcast #NoTapis kali ini, bersama penerbit podcast, Natasha Mustafa, Cik Zahara Mahmood, Pekerja Sosial Utama PPIS dan Ustaz Fakhrudin Amin, seorang naib kadi mengongsi bagaimana mereka membantu keluarga yang sedang menjalani proses perceraian. Podcast ini dianjurkan dengan kerjasama antara #NoTapis dan PPIS, Satu Hati Satu Famili. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2024-01-12 | 55:07 | Dengar |
|
Boleh ke cakap pasal seks sebelum berkahwin?
Boleh ke kita bincang tentang seks sebelum berkahwin? Dalam podcast #NoTapis minggu ini, pasangan suami isteri dan penulis buku 'Sex, Soul and Islam', Cik Enon Mansor dan Encik Sidek Osman, berkongsi bagaimana untuk membincangkan topik tersebut. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Me Gusta by Vendredi https://soundcloud.com/vendrediduo Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0 Free Download / Stream: https://bit.ly/-me-gusta Music promoted by Audio Library See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2024-01-12 | 21:05 | Dengar |
|
Tidak lagi hidup gelandangan dengan bantuan....
Encik Rajesh s/o Mukund Bhai Pandya sekeluarga terpaksa hidup gelandangan di Pantai East Coast pada 2019 setelah ibunya telah menghalau mereka daripada rumah keluarganya. Bagaimana keadaannya hari ini? Dalam podcast #NoTapis kali ini, bersama penerbit podcast, Natasha Mustafa, Encik Rajesh, Cik Suhaili Saad, Penolong kanan pekerja sosial PPIS Timur dan Cik Yuliza Wati Mohd Yusoff, Penolong kanan pekerja sosial PPIS Barat mereka mengongsi proses bantuan untuk keluarga yang mencari perumahan. Podcast ini dianjurkan dengan kerjasama antara #NoTapis dan PPIS, Satu Hati Satu Famili. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2024-01-06 | 42:00 | Dengar |
|
Psst... malu ke nak bincang tentang seks?
Topik seks mungkin sesuatu yang jarang dibincang dalam kalangan masyarakat Melayu kerana malu atau segan. Kalau nak bincang pun, nak bincang dengan siapa dan nak cakap apa? Dalam podcast minggu ini, pasangan suami isteri dan penulis buku 'Sex, Soul and Islam', Cik Enon Mansor dan Encik Sidek Osman, berkongsi bagaimana untuk membincangkan topik tersebut. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Me Gusta by Vendredi https://soundcloud.com/vendrediduo Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0 Free Download / Stream: https://bit.ly/-me-gusta Music promoted by Audio Library See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2024-01-05 | 46:52 | Dengar |
Lagi daripada Berita Harian
Tiada podcast lain yang diterbitkan daripada pencipta ini tersedia pada masa ini.
Podcast yang serupa
Data podcast dan karya seni adalah milik pencipta dan penerbit mereka. Laman web ini menyediakan data direktori dan pautan sumber sahaja.