Butiran podcast
No Tapis
Berita Harian
Penerangan
Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual. Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi. Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.
Butiran
Episod podcast terkini
200 episod tersedia (Jumlah RSS 561; menunjukkan terkini 200) · Halaman 16 daripada 20
| Episod dan kandungan | tarikh | Tempoh | Dengar |
|---|---|---|---|
|
Masjid Al-Falah, Terminal 2...reka bentuk arkitek Melayu?
Bangunan ikonik di Singapura seperti Taman East Coast, Lapangan Terbang Changi, Terminal 2, dan Masjid Al-Falah telah menjadi destinasi popular yang sering dikunjungi ramai. Tapi siapa sebenarnya arkitek di sebalik reka bentuk bangunan-bangunan ini Episod NoTapis kali ini menampilkan dua arkitek berbakat yang terlibat dalam projek-projek ini — arkitek bersekutu, Encik Mohammed Madeni Jais, dan arkitek eksekutif, Cik Nur Syarafina Kamsani, dari RSP Architects, Planners & Engineers (Pte) Ltd. Mereka pengalaman serta kesan yang diharapkan sampai kepada masyarakat melalui reka bentuk bangunan dan ruang ini. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2024-12-20 | 38:50 | Dengar |
|
Kerja platform bukan kerja 'betul'?
Hujan ke panas ke, khidmat mereka jalan terus! Mereka lah abang-abang dan kakak-kakak pekerja platform kita. Meski pekerjaan mereka penuh cabaran- dari segi cuaca, pendapatan tak menentu dan sebagainya, kerja yang dilakukan masih dianggap bukan kerja 'betul' ke? Dengan perlindungan serta perwakilan yang diperkenalkan untuk pekerja platform kita, adakah persepsi ini akan berubah? NoTapis membincangkan topik kali ini dengan bekas pemandu privet, Hidayat Aziz dari Talk Folks dan juga Hisham Mohamed dari NPHVA. Untuk membuka ruang bagi pekerja platform memahami bentuk sokongan yang akan disediakan mulai 2025, NTUC menganjurkan beberapa sesi taklimat sejak November.Mereka berminat untuk menyertai sesi taklimat tersebut boleh melungsuri pautan, https://bh.sg/platform See omnystudio.com/listener Butiran teknikal
|
2024-12-13 | 39:09 | Dengar |
|
Baru nak berniaga, tapi terus lingkup? Jangan-jangan....
Baru nak mulakan perniagaan, dah hadapai pelbagai masalah sampai lingkup! Tapi kenapa? Apa masalahnya? Ada pula yang salahkan makhluk halus...tapi sebenarnya banyak faktor yang perlu dipertimbang dan disemak sekali lagi. Dalam NoTapis kali ini, Pengurus Perkembangan Perniagaan kanan Royal Kings group, Encik Muhamed Gary Haris dan Pengasas Kapowww by Chef Mel Dean Pte Ltd, Cef Mel Dean berkongsi bagaimana nak berjaya dalam perniagaan? Kalau nak dapatkan pendapat dari pakar, lungsuri https://www.royalkingsgroup.com/ See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2024-12-06 | 56:47 | Dengar |
|
Ajar pelajar 'special ed' lagi senang berbanding sekolah Biasa?
Dalam episod NoTapis kali ini, kita selami dunia pendidikan khas bersama dua pendidik berpengalaman, Cik Sofia Abdullah dari Persatuan Disleksia Singapura (DAS) dan Cik Masayu Hidayah, Pegawai Kanan Intervensi Awal privet. Bersama-sama, NoTapis meneroka cabaran, kepuasan dan juga salah tanggapan yang sering timbul dalam sektor pendidikan khas. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2024-11-29 | 53:43 | Dengar |
|
Bukan Melayu, tapi fasih bual Melayu??
Bahasa Melayu merupakan bahasa ‘asing’ buat mereka, tetapi itu tidak menghalang dua individu bukan Melayu ini jatuh cinta dan kini fasih berbahasa Melayu. Dalam podcast NoTapis kali ini, Pengurus Pemasaran Digital, Encik Melvin Choo dan Cik Berit Karlsen berkongsi pengalaman mereka mendalami bahasa Melayu. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2024-11-22 | 37:55 | Dengar |
|
OLG ‘tutup’, Dyn Norahim nak jadi ‘suara agama’?
Setelah lima tahun menjadi salah satu daripada personaliti trio OKLETSGO, Dyn Norahim kini ‘berpaling arah’ dan menubuhkan rancangan vodcast baru, Our Next Guest. Dalam podcast ini, Dyn Norahim berkongsi harapannya untuk menjadi ‘suara agama’ menerusi jenama barunya, Soutudeen. Vodcast baru di bawah jenama Soutudeen ini akan memberi tumpuan kepada topik berkaitan agama yang dibincangkan bersama golongan asatizah, ulama serta selebriti dari Asia Tenggara. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2024-11-15 | 54:36 | Dengar |
|
Dari Kesulitan kepada Kekuatan: Kisah daya tahan
Dalam podcast NoTapis kali ini, dua orang belia berkongsi kisah-kisah kuat tentang ketahanan menghadapi cabaran peribadi.Cik Aisha Shamsuddin, 24 tahun menceritakan perjalanan beliau dengan masalah kesihatan mental, termasuk kemurungan dan kecemasan, sambil menjaga ibunya yang sedang berjuang melawan barah buah dada. Sementara itu, Encik Mohammad Shakir Mohd, 26 tahun mengimbas pengalaman beliau mengalami strok semasa tahun kedua, yang membawa kepada pembedahan kecemasan dan pemulihan. Walaupun menghadapi halangan ini, beliau tetap berusaha untuk mengejar pengkhususan dalam Kejuruteraan Bahan dan Sains Nanoteknologi. Bersama-sama, mereka menekankan pentingnya mencari sokongan, memecahkan stigma tentang kesihatan mental, dan membina komuniti yang memahami serta berdaya tahan. See omnystudio Butiran teknikal
|
2024-11-08 | 43:45 | Dengar |
|
Hustle demi hasil: Kehidupan Sebenar Pekerja Gig
Sejak empat tahun lalu, Encik Mohammad Shaffiee Abdullah tinggalkan pekerjaannya di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan menjaga anak sulungnya yang mengalami autisme. Untuk terus menampung kos sara hidup keluarganya, beliau terpaksa ‘hustle demi hasil’. Dalam podcast NoTapis kali ini, kami membincangkan bagaimana undang-undang baru pekerja platform boleh mempertingkat perlindungan dan perwakilan sewajarnya bagi golongan pekerja ini, sebagaimana yang dinikmati pekerja biasa hari ini bersama Encik Mohammad Shaffiee Abdullah dan Pengarah Divisyen Operasi dan Mobilisasi NTUC, Encik Mohd Fahmi Aliman. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2024-11-01 | 44:45 | Dengar |
|
NoTapis: “Jojo Joget dah jadi Jojo Sakit”: Suhaimi Yusof kena strok?
“Saya rasa seperti dalam gempa bumi pada masa itu!” Selepas diserang angin ahmar pada April 2024, pelawak, pelakon dan pengacara Suhaimi Yusof, kini mahu membantu meningkat kesedaran ramai berhubung penyakit itu. Dalam podcast NoTapis kali ini, Suhaimi berkongsi pengalamannya menempuh tempoh sukar tersebut. Perunding Kanan, Jabatan Neurologi Institut Neurosains Kebangsaan, Dr Pang Yee Hau turut berkongsi cara mengenal pasti tanda serangan angin ahmar dan salah tanggapan mengenai penyakit itu sempena Hari Strok Sedunia pada 29 Oktober. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2024-10-25 | 57:51 | Dengar |
|
NoTapis: Selama 25 tahun hidup, saya tak ada sebarang kerakyatan. Sekarang baru ada harapan...
Seumur hidupnya, beliau tidak pernah memiliki sebarang kewarganegaraan, meskipun telah menetap di Singapura sejak lahir. Namun, kini Encik Ricqo Rafiezuwan, 25 tahun, menerima berita bahawa ada harapan untuk beliau menjadi warga Singapura secara rasmi. Encik Ricqo merupakan antara 853 orang tanpa kewarganegaraan yang tinggal di Singapura pada 31 Dis 2023. Dalam episod podcast NoTapis kali ini, Encik Ricqo berkongsi bagaimana beliau menjalani kehidupan di Singapura tanpa IC atau kad pengenalan serta usahanya cuba mendapatkan kewarganegaraan di sini. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2024-10-18 | 39:20 | Dengar |
Lagi daripada Berita Harian
Tiada podcast lain yang diterbitkan daripada pencipta ini tersedia pada masa ini.
Podcast yang serupa
Data podcast dan karya seni adalah milik pencipta dan penerbit mereka. Laman web ini menyediakan data direktori dan pautan sumber sahaja.