Butiran podcast

No Tapis

Berita Harian

Penerangan

Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual. Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi. Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

Butiran

Episod podcast terkini

200 episod tersedia (Jumlah RSS 561; menunjukkan terkini 200) · Halaman 14 daripada 20

Episod dan kandungantarikhTempohDengar
Aspirasi orang muda untuk capai 'The Singapore Dream'

Gaji tak cukup, rumah makin mahal, ‘social pressure’ pun semakin tinggi…nak capai ‘Singapore Dream’ seolah-olah mustahil bagi golongan muda sekarang. Apa yang sebenarnya diinginkan anak muda sekarang? Adakah pemerintah benar-benar beri ruang untuk belia bersuara? BHerbual minta pendapat aktivis masyarakat Encik Fazlur Rahman Kamsani dan Encik Mohd Imran Taib. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
b7270ead5f40ea7f5d94db2edb6327e9eb6eabeda00c8ebcd16a96433fffa487
2025-04-03 26:12 Dengar
Sepedas-pedas sajian Raya, pedas lagi soalan mak cik!

Kuih dah habis, rendang pun padu, tapi yang buat berpeluh... soalan-soalan ‘pedas’ dari mak cik dan pakcik terutama sekali….’Bila nak kahwin’? Dalam episod No Tapis edisi Raya ini, kami bincangkan tentang realiti Hari Raya - daripada soalan peribadi yang sensitif hingga ke adab ziarah rumah orang. Semua dijelaskan dalam episod ini! ✨Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Tapi... sediakanlah skrip, mana tahu ada soalan panas! ✨ See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
8424ff6216f6227c99ef10924e0cc8c9664f028994c0edf956f032cf7f51cec7
2025-03-28 45:19 Dengar
Dah tak payah ‘stres’ kalau ada ramai anak sekarang?

Apa sebenarnya yang menghalang pasangan muda di Singapura daripada menimang lebih ramai cahaya mata? Kos sara hidup, kerjaya, masa atau faktor lain? Dalam episod NoTapis ini, kami membincangkannya dengan Menteri Indranee Rajah serta dua pasangan dengan latar belakang yang sangat berbeza: satu dengan lapan orang anak, dan satu lagi yang sedang berjuang melalui perjalanan IVF. Mereka kupas realiti sebenar di sebalik kadar kelahiran yang semakin merosot di Singapura, skim bantuan terbaru pemerintah dan perlunya untuk mengubah cara pemikiran di tempat kerja dan masyarakat. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
ca0d1f7d6e3020b57641f5b6f5291a3cd041647674f08083048e194f894c540f
2025-03-27 45:39 Dengar
“Wanita tak boleh puasa, kena lah masak!”

Ramai wanita rasa serba salah ketika haid di bulan Ramadan—nak kena sembunyi bila makan? Pahala berkurangan pasal tak boleh puasa? Tak boleh puasa kena masakkan juadah berbuka ke? Dalam episod ini, Ustazah Liyana Musfirah menyentuh tentang realiti haid di bulan Ramadan. Dari adab makan di hadapan orang berpuasa hingga cara wanita boleh terus mengumpul pahala tanpa solat dan puasa—jawapan yang anda cari ada di sini! See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
d37643d7c2e8b7bebf5e9096c04ef3022f5a9cd111ce5ecc5d14d7c13215a893
2025-03-21 42:10 Dengar
Dari Jummaida jadi ‘June’, dengan ‘darah kacukan’?

😲 Siapa sangka nama boleh mengubah segalanya? Dari satu panggilan telefon yang penuh tanda tanya, akhirnya terbongkar rahsia di sebalik nama "June Rusdon"! Apa kesan keputusan ini? Dalam podcast NoTapis ini, Cik Jummaida Rusdon, lebih dikenali sebagai June berkongsi bagaimana beliau menceburi sektor pendidikan awal kanak-kanak pada tahun 1989 dan bertahan selama 35 tahun. Baru-baru ini, beliau disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran Wanita Singapura (SWHF) bagi 2025. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
de6989b27cc56ef69daa0a2d985a09850fff6754e9af3685662561b02c8a6032
2025-03-19 1:02:34 Dengar
Anak 3 tahun, ibu bapa paksa puasa penuh?

“Anak saya umur 3 tahun dah puasa!" Tapi, wajib ke untuk anak-anak kecil berpuasa? Dalam episod ini, ibu lapan orang anak, Cik Sharifah Fashiha Syed Ali, berkongsi bagaimana beliau menggalakkan anak-anak kecilnya untuk berpuasa secara bertahap. Ustazah Nadia Hanim, juga turut menjelaskan bagaimana ibu bapa dapat membimbing anak-anak mencintai Ramadan tanpa membebankan mereka. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
9418e934ddf6ff51fbd327830afe0860e26f71b078f209ebc64567b5300e6d5c
2025-03-14 48:30 Dengar
Selamat datang ke Madrasah Iman

Selalunya pada permulaan Ramadan ramai yang bersemangat menunaikan ibadah, luangkan masa bersama keluarga dan juga mengejarkan pahala. Semangat yang membara itu kadangkala tidak sampai akhir Ramadan. Dalam episod kali ini NoTapis bersama pemilik syarikat pelancongan KembaraUstaz.sg, Ustaz Fizar Zainal, beliau membincangkan perjalanan rohani sepanjang bulan Ramadan. Dari mengatasi gangguan dan mengimbangkan ibadah hingga membina kesedaran semasa berpuasa, kami menyelami intipati bulan yang mulia ini. Ketahui bagaimana memperkukuhkan hubungan dengan Allah swt dan membawa keberkatan Ramadan ke dalam kehidupan seharian. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
5f4ad7cf18b0f66cf47828cf5c5ef6512b072396a7b3a626cb27ca753376edf1
2025-03-07 40:43 Dengar
Kariah: Tak luput dek zaman

Kariah di Singapura kini semakin hidup dan bersemangat! Dalam episod NoTapis kali ini, Pengerusi Qaryah 21, Encik Encik Muhammad Basyar Mohd Yusoff dan Pengerusi Tampines Greenweavers, Encik Muhammad Hydil Jamil berkongsi bagaimana mereka membina ikatan yang kuat dan hidupkan suasana meriah sempena Ramadan di kawasan masing-masing 💪🌟 See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
b4a3268d030f791bba782360e426822dfb5a2fc4f5722f83cee06cf72b9f2df1
2025-03-05 42:27 Dengar
Belanjawan 2025: Rumah, Keluarga & Masa Depan—Cukup Ke?

Pilihan rumah semakin kurang, anak muda tidak ingin ada anak, dan kemahiran pun sama saja. Apakah penyelesaian dalam Belanjawan 2025? Dalam episod NoTapis kali ini, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman berkongsi bagaimana Belanjawan 2025 dapat membantu semua lapisan masyarakat tahun ini dan kupas isu-isu panas yang rakyat peduli. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
df2be15de1b3fa635b655bbdd4606b8e432626e7d59174c39e16ae62108ebea0
2025-02-28 56:32 Dengar
BHerbual NoTapis: Cukup insentif untuk "baby boom" dalam Belanjawan 2025?

Dengan lebih banyak sokongan yang akan diberikan kepada keluarga besar, adakah Belanjawan 2025 cukup meyakinkan pasangan muda untuk tambah zuriat? Atau masih banyak halangan seperti kos hidup dan penjagaan anak? Dalam perbincangan BHerbual NoTapis ini, Editor Berita, Encik Nazri Hadi Saparin dan koresponden Irma Kamaruddin bersama Felo penyelidik kanan Institut Kajian Dasar, Dr Faizal Yahaya dan Pengerusi M³@Pasir Ris-Punggol, Encik Azuan Tan kupas isu yang dipertikaikan ramai bila ingin mengembangkan keluarga mereka. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
7af9541ecb22efe7125ef929d9c241249f4dea8db26c4b9bc5e56a31b6f58122
2025-02-21 12:24 Dengar

Lagi daripada Berita Harian

Tiada podcast lain yang diterbitkan daripada pencipta ini tersedia pada masa ini.

Data podcast dan karya seni adalah milik pencipta dan penerbit mereka. Laman web ini menyediakan data direktori dan pautan sumber sahaja.