Butiran podcast

No Tapis

Berita Harian

Penerangan

Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual. Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi. Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

Butiran

Episod podcast terkini

200 episod tersedia (Jumlah RSS 561; menunjukkan terkini 200) · Halaman 5 daripada 20

Episod dan kandungantarikhTempohDengar
Episod 453 NoTapis - Demi impian Sukan SEA: Atlet imbangi kerjaya, sukan SEA

Bagaimana rasanya jadi atlet negara sambil kerja sepenuh masa? Hos NoTapis pun salah seorang daripada atlet Sukan SEA tau! Dalam episod NoTapis kali ini, Encik Muhammad Hasbi Zainal, seorang pegawai Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dan atlet sepak takraw serta Cik Noor Heeqmah Wahianuar, seorang peguam dan atlet jujitsu buka cerita sebenar. Mereka berkongsi pengorbanan, semangat, dan matlamat pingat — bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk rakan, jurulatih, dan keluarga yang sentiasa ada. Dan kejutan — penerbit podcast, Cik Natasha Mustafa sendiri juga bersiap untuk Sukan SEA! See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
b380a6c186521ede38df2eceb0d275d3383a93e8bec65d02cca5c5dd51f5d860
2025-12-05 36:32 Dengar
Episod 452 NoTapis - ‘Lain, tapi tak kurang’: Individu ‘neurodivergent’ ingin difahami dan dihormati

Kesihatan mental semakin terbuka dibualkan, tapi bagaimana pula dengan golongan ‘neurodivergent’? Apa yang membuat mereka lain dari orang lain? NoTapis kali ini tampilkan tiga individu yang berkongsi pengalaman hidup mereka sebagai individu yang ‘lain, tapi tak kurang’. Cik Nurazah Mazlan - Sindrom Hemiconvulsions-Hemiplegia-Epilepsi (HHE) Encik Muhammad Hakim Hamzah - kelewatan pembangunan global (GDD) Encik Sharie Mirza Mohamed Zahid - Gangguan Hiperaktif Kurang Tumpuan (ADHD) See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
cab8b5f2ffec20623d235fca18917b645e4ab3c320af6330e3321fef4fbcf4bc
2025-11-28 35:02 Dengar
Episod 451 NoTapis :Mengapa tokoh Melayu masih penting bagi masyarakat dalam era ‘influencer’?

Siapakah tokoh masyarakat Melayu dan mengapa mereka masih penting? Dalam episod NoTapis kali ini, Natasha Mustafa sembang bersama sahabat sastera Majlis Bahasa dan Sastera Melayu Singapura (MBMS), Cik Miranti Silasudjana serta Timbalan Pengarah dan Pustakawan Utama (Bahasa Melayu) NLB, Cik Zubaidah Mohsen tentang bagaimana tokoh masyarakat Melayu membentuk sejarah, nilai dan identiti kita serta usaha bangunkan Tokoh Melayu Singapura. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
77ac2fabd1e886a4c91156ecf0e2d5eb8825ca69036419b019d94c803c65b6cc
2025-11-21 33:49 Dengar
Episod 450 NoTapis: Pegerai kantin sekolah: Bukan jual makan saja, tapi tempat mengadu pelajar

Di sebalik setiap pinggan nasi, nugget $1 dan ikan pari $2.60, tersimpan kisah yang jarang kita dengar — kisah peniaga kantin sekolah yang setiap hari memastikan pelajar makan dengan harga mampu milik. Dalam episod NoTapis ini, Cik Siti Raudha Md Nor dan Encik Wan Hasnirauuf Hassan berkongsi pengalaman mereka berniaga di kantin sekolah. Mereka berkongsi cabaran yang mereka hadapi serta salah tanggapan orang ramai tentang kerja mereka. Pada masa yang sama, mereka berdepan ketidakpastian tentang masa depan mereka, dengan beberapa sekolah kini bakal beralih kepada model katering pusat mulai 2026 — satu perubahan yang mungkin menamatkan kewujudan peniaga tradisional di sekolah. Jadi kita dengarkan apa ‘Aunty’ dan ‘Uncle’ kantin sekolah katakan….. See omnystudio.com/listener for privacy informa

Butiran teknikal
GUID
39a1b6eaf6cd0fb36d5e5d87474e821da5e91352419142d34527d24bd9b6a3ad
2025-11-14 26:07 Dengar
Episod 449 NoTapis: ‘Confinement nanny’: Keperluan atau nak ikut trend?

“Kenapa, tak boleh urus sendiri ke?” “Selesa ke ada orang luar tinggal dalam rumah?” Mungkin ini antara komen yang ditujukan kepada ibu-ibu yang mengambil khidmat ‘confinement nanny’ - atau penjaga semasa tempoh berpantang. Dulu biasanya mak atau mak mertua yang jaga, tapi kini orang luar yang jaga? Dalam episod NoTapis kali ini, Cik Nurulshafiqa Subadi, seorang ibu muda ceritakan pengalaman sebenar selepas melahirkan anak pertamanya. Pengasas Beyond Bibik, Cik Yunisha Phillip dan Pengasas Ratu Confinement, Cik Nurindah Zafirah Sarman pula berkongsi manfaat khidmat penjaga berpantang bagi ibu yang baru saja bersalin. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
fd3008865e356307d4ac6708c8cb44a0ebc81b47bd477c1c0646d5a463fafed2
2025-11-07 40:23 Dengar
Episod 448 NoTapis - Dilemma Perniagaan Warisan: Nak kekalkan tradisi, tapi tak ada pelapis?

Apa yang buat perniagaan warisan begitu istimewa — dan mengapa penting untuk kita pertahankan? Dalam episod khas NoTapis ini, kita berbual bersama dua ikon Kampong Glam, Encik Hafeez Abdul Hamid daripada Halijah Travel, agensi Haji dan Umrah yang bermula sejak 1981, dan Encik Hasmi Zin & Puan Zubaidah daripada Rumah Makan Minang, restoran Padang yang menjadi legenda di Arab Street. Mereka berkongsi kisah perjuangan keluarga, cabaran mengekalkan tradisi dalam dunia moden, dan harapan untuk generasi seterusnya. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
f998d65a06e916b66a4caed02dbe11bc61f101f944376f8bc821da82cf2cfee8
2025-10-31 41:11 Dengar
Episod 447 NoTapis: Saya malu nak cerita yang ayah saya seorang penagih…

Bagi Siti (bukan nama sebenar), membesar dengan ayah yang dipenjara kerana dadah bukan perkara mudah. Beliau akui segan bercerita tentang ayahnya kepada teman-teman, takut akan pandangan orang lain. Bantuan dari Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) mengubah hidup beliau dan adik beradiknya, bukan hanya dari segi kewangan tapi juga dari segi sokongan moral dan mental. Dari bantuan kecil hingga sokongan emosi dan mentor, HGEF bantu Siti bina semula keyakinan diri dan kini dia mahu bantu orang lain pula. Dalam episod NoTapis kali ini, Siti dan Setiausaha Kehormat HGEF, Cik Haslinda Putri Harun berkongsi bagaimana pertubuhan ini bukan sekadar memberi wang, tapi harapan. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
8ca76d0d20fde7aa153d30b151e94db12482acc13b7c825dba6fc28bb101d84e
2025-10-24 34:12 Dengar
Episod 446 NoTapis: Tinggalkan kerjaya stabil untuk buat pastri kerana…

Bayangkan — baru bertunang, tunang disahkan leukemia. Enam bulan berulang-alik ke hospital, tapi di tengah dugaan itu, lahirlah impian baru. Daripada seorang guru kepada cef pastri, Cik Insyirah Abdullah kongsi kisah berani meninggalkan kerjaya stabil demi kejar minat dan membina semula hidup dengan semangat.‎ See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
7c5239e95a0f911ffd4a5c09443d418b69e2e0c71fff7537052830f5fe7e06dd
2025-10-17 27:10 Dengar
Episod 445 NoTapis: “Saya didera sejak berusia 9 tahun…sampailah saya 14 tahun”

****Amaran kandungan sensitif: Video ini mengandungi perbincangan mengenai isu penderaan seksual dan tekanan emosi. Penonton dinasihatkan untuk menonton dengan berhemah. Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang menghadapi sebarang bentuk penderaan, sila dapatkan sokongan daripada pakar atau talian bantuan. Beliau didera secara seksual oleh bapa tirinya sejak berusia 9 tahun hingga lah usianya 14 tahun. Cik Danyya Ateera berkongsi bagaimana beliau mula sedar bahawa apa yang dialaminya sejak kecil satu perkara yang salah hanya semasa kelas pendidikan seksual di sekolah. Bersama Encik Amir Mirza Johari, Pegawai Perlindungan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) beliau menjelaskan bagaimana orang awam dapat memainkan dalam masyarakat untuk mengenali tanda-tanda penderaan da

Butiran teknikal
GUID
1cc59f5dfcb6672d30190358e19604da6cb621ce6f42ed6766819997abf39b7b
2025-10-10 41:12 Dengar
Episod 444 NoTapis: “Saya tak dapat melihat dunia, tapi saya mahu dunia lihat saya”

Bila beliau nyanyi, Simon Cowell - dari America’s Got Talent - berdiri dan terus ke pentas dan beritahu beliau “you are one of the best singers that we ever had on this show”. Hari ini, penyanyi Indonesia, Putri Ariani sudah mencipta sejarah dan menjadi salah seorang penyanyi terkenal di dunia. Kini, remaja 19 tahun itu bersedia memenuhi impiannya yang lain — beraksi di pentas F1 Singapura, sebuah doa yang kini menjadi nyata. Dalam podcast NoTapis ini, Putri berkongsi bagaimana momen AGT yang mengubah hidup serta peranan muzik sebagai suara jiwanya. Dengan sokongan keluarga, cinta dan peminat, Putri membuktikan bahawa “penglihatan” sebenar lahir daripada keberanian, harapan dan impian tanpa sempadan. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
148e47e29eeca15d2496a384ff8f2e25d5c8dfe4bfb2bc1f4c6f334ab814cf54
2025-10-03 25:13 Dengar

Lagi daripada Berita Harian

Tiada podcast lain yang diterbitkan daripada pencipta ini tersedia pada masa ini.

Data podcast dan karya seni adalah milik pencipta dan penerbit mereka. Laman web ini menyediakan data direktori dan pautan sumber sahaja.