Butiran podcast

No Tapis

Berita Harian

Penerangan

Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual. Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi. Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

Butiran

Episod podcast terkini

200 episod tersedia (Jumlah RSS 561; menunjukkan terkini 200) · Halaman 4 daripada 20

Episod dan kandungantarikhTempohDengar
Episod 463 NoTapis - ‘Job hopping’ vs ‘job hugging’: Siapa lagi selamat?

Dalam dunia pekerjaan hari ini, satu persoalan sering timbul - nak ‘job hop’ ke nak ‘job hug’? Nak ‘setia’ dengan yang satu atau nak ‘lompat’ kerja? Dalam episod NoTapis kali ini, kita berbincang bersama Encik Mohd Adam Mohd Basor, Penolong Pengarah, Orang & Organisasi di *SCAPE Co., Ltd. dan Cik Nur Khairah Abdul Rahim, seorang “job-hopper” yang kini membina perniagaan sendiri - tentang dunia kerja hari ini. Kami kupas apa sebenarnya maksud ‘job-hopping’ vs ‘job-hugging’, kenapa ia masih dianggap “red flag” oleh sesetengah majikan, bila masa terbaik untuk tukar kerja, serta risiko menjadi terlalu selesa atau terlalu kerap lompat. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
c5a6d6db9e049a3dfee191038439dbe79510fb87b83763b5176c4f69c3822a3d
2026-05-01 43:36 Dengar
Episode 462 NoTapis - Dah la sejuk -35°C, tandas pun tak ada... Gadis S'pura ini nekad bertahan 5 hari di Artik!

Apa jadi bila seorang pekerja sosial dari Singapura, negara tropika, dihantar ke Artik dalam suhu -35°C? Dalam episod NoTapis ini, penerbit podcast Cik Natasha Mustafa dan wartawan BH, Cik Nur Syuhrah Hassan berbual dengan Cik Atikah Syarah Ismail, salah seorang daripada 20 peserta dunia untuk ekspedisi Fjällräven Polar 2026. Dari mengawal anjing sled sejauh 300KM, hampir nak give up di hari ketiga… sampai ke realiti yang ramai tak pernah fikir: macam mana nak ke tandas di tengah salji? Cik Atikah berkongsi bagaimana beliau menyesuaikan diri sepanjang ekspedisi lima hari di Artik. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
c4e5921e5dae7686feda875a09765010eccf0efefbcb99b47c3417e97dbe99ff
2026-04-24 46:38 Dengar
Episod 461 NoTapis - Minat vs cari makan: Wajah baru Taman Warisan Melayu dan…seniman di Singapura boleh cari makan ke?

Hos NoTapis Natasha Mustafa ‘keluar sekejap’ dari studio untuk tukar angin kali ini. Dalam episod ini, kami bincangkan tentang seniman kita di Singapura, boleh cari makan ke? Adakah kerjaya sebagai seniman ini masih dianggap “bukan kerja betul” atau sebenarnya masyarakat yang masih belum faham realiti di sebalik dunia seni? Kami tampilkan artis kontemporari Fazleen Karlan, seniman veteran Tumadi Patri, dan penolong kurator dari Taman Warisan Melayu (MHC), Cik Syafiqah Jaffar tentang realiti sebenar menjadi artis hari ini. Daripada isu kewangan, persepsi masyarakat, hingga peranan institusi dalam menyokong seni tempatan, semuanya dibongkar dalam episod ini. Persoalannya adalah adakah seni warisan masih relevan? Dan sejauh mana kita benar-benar menyokong artis tempatan? See omnystudio.com/li

Butiran teknikal
GUID
ebafa00a78f2a8fc781724101194f0b057a6701e6e18974fa0673c9a32ffdd03
2026-04-17 44:35 Dengar
Episod 460 NoTapis - Seni Warisan Melayu dah tak relevan?

Warisan Melayu sering dianggap sesuatu yang perlu dipelihara, tapi adakah ia masih relevan? Dalam episod NoTapis kali ini, dua anak muda, Syafiqah ‘Adha Sallehin dan Muhammad Ilyia Kamsani, penggiat budaya yang aktif memperjuangkan seni warisan seperti dikir barat dan muzik tradisional Melayu. Mereka berkongsi bagaimana warisan sebenarnya masih ‘hidup’ dalam kehidupan harian kita - daripada lagu raya seperti Jodoh Lebaran hinggalah kepada nilai, emosi dan identiti yang kita bawa sebagai masyarakat. Lebih daripada sekadar nostalgia, episod ini mengajak kita melihat warisan sebagai ruang untuk ekspresi, kreativiti dan memahami siapa diri kita sebenarnya. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
741487f2e128a9ca82af161b95b3f06a3127ff9b1e0a9aa32a24f6f41efb3a5d
2026-04-03 47:24 Dengar
Episod 459 NoTapis - Raya: Kids edition…bila kanak-kanak cakap pasal raya

Apa sebenarnya makna Hari Raya… kalau kita lihat dari POV kanak-kanak? Dalam episod khas NoTapis ini, kami duduk bersama empat ‘bos’ kecil - yang berusia antara 5-7 tahun - untuk mendengar kisah mereka tentang Raya — daripada impian nak pergi bercuti guna duit raya, lagu raya kegemaran, sehinggalah “drama” pagi raya di rumah. Jawapan mereka mungkin ‘simple’, kadang kelakar seram, tapi 100% jujur perbualan santai yang mengingatkan kita bahawa Raya bukan sekadar tradisi — tapi tentang kegembiraan dan keluarga 💚✨ See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
c2ab9ce6b9eae0bfba1fb9308a3f031c65ad36e2e144dda12e0c5349fd273074
2026-03-20 27:17 Dengar
Episod 458 NoTapis - Dekat masjid pun ada drama?

Bulan Ramadan sepatutnya menjadi masa untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada yang maha esa. Tetapi bagi sesetengah orang, pengalaman di masjid kadangkala kurang menyenangkan. Dalam episod NoTapis ini, Cik Atiqah Zulkifli (yang lebih dikenali sebagai automatiqhigh di media sosial) dan Ustazah Maria Mohammad Siddique dari Masjid Assyakirin tentang realiti di dewan masjid, terutama sekali waktu tarawih. Daripada kanak-kanak berlari di masjid, masjid ‘Karens’, hingga cara menegur dengan hikmah. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
c0a2c8bdb4c19050ad0938c80ce305e4fa180ad144ef45166e51a0af87d2ef8f
2026-03-13 34:37 Dengar
Episod 457 NoTapis - Bayar zakat setiap tahun, tapi ke mana duit zakat kita pergi sebenarnya?

Selama ini beliau hanya tahu membayar zakat. Tak pernah terlintas satu hari nanti, beliau sendiri yang menerima bantuan zakat. Ramai yang fikir zakat hanya untuk ‘fakir miskin’ … tapi hakikatnya kriteria kelayakan pun dah diubah dan lebih ramai yang memerlukan boleh dapat bantuan. Apabila anak bongsunya mengalami spina bifida – keadaan tulang belakang yang tidak terbentuk dengan baik – sejak dilahirkan dan memerlukan rawatan serta pemantauan perubatan secara berterusan Cik Hadijah Mohamed Eusope terpaksa berhenti bekerja demi menjaga anaknya sepenuh masa. Dalam episod NoTapis ini, beliau berkongsi bagaimana keluarganya akhirnya mendapatkan bantuan zakat dan bagaimana sokongan itu membantu mereka terus bertahan melalui tempoh yang mencabar. Turut bersama kami ialah Ustazah Sarima Jantan, Pe

Butiran teknikal
GUID
22400af7fa443ae13ec5c83e42c017c2e129185442280b70a0e8e05728f4e67e
2026-03-06 36:02 Dengar
Episod 456 NoTapis - Berhenti rokok masa Ramadan: Kisah bekas perokok dan tip dari pakar QuitLine

Ramadan tempoh muhasabah dan perubahan diri. Tetapi bagi perokok, cabaran sebenar bukan sekadar menahan lapar dan dahaga - tetapi melawan keinginan merokok lepas berbuka. Dalam episod NoTapis kali ini, kami tampilkan Encik Muchtar Abdul Karim, yang berjaya berhenti merokok selepas 15 tahun, serta kaunselor QuitLine Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Cik Siti Zuliana Nandir. Encik Muchtar berkongsi perjalanan penuh jatuh bangun tinggalkan rokok - termasuk beberapa cubaan yang gagal sebelum akhirnya menemui motivasi sebenar: keluarga. Sementara itu, Cik Zuliana jelaskan realiti proses berhenti merokok- mengapa ramai gagal berkali-kali, bagaimana Ramadan boleh jadi peluang terbaik, dan strategi praktikal untuk mengawal keinginan terutama selepas iftar. Persoalannya - boleh ke Ramadan kali i

Butiran teknikal
GUID
404b4915f6bc02ab063770b9485d454e660eedfd5f44954af289b163ebde74f7
2026-02-27 40:36 Dengar
Episod 455 NoTapis - Bazar Ramadan: Sebelah-sebelah jual benda sama… Nak senyum ke nak gaduh?

Gerai sebelah jual benda sama… nak gaduh atau nak collab? 👀 Dalam episod khas Ramadan ini, NoTapis menemubual tiga vendor yang turun padang untuk menawarkan makanan, minuman dan barangan kegemaran anda. Bersama pengasas bersama Golden Bao, Encik Nazareen Muslim, Pengasas bersama Balang.SG , Encik Syabil Marzuq Sulaiman dan Pengasas jenama Grey By Ortenhill, Encik Trisno Ishak kita bongkar realiti sebenar bazar — dari sewa belasan ribu, strategi capai target harian sampai “politik” booth sebelah-sebelah. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
c4c15c35bf8a324ad7f6e26b3b2bf6986c5588592e7e50f3524c2792a88560bc
2026-02-20 42:12 Dengar
Episod 454 NoTapis - Ilmu agama ‘fast food’ vs. kelas berstruktur: Belajar agama di era digital

Ilmu agama ‘fast food’ berbanding kelas agama berstruktur- ada yang lebih baik ke nak belajar agama dalam era TikTok dan AI sekarang? Macam mana nak pastikan tak hilang adab dan sumber yang sahih? Bersama Natasha Mustafa, hos NoTapis, episod ini menampilkan perkongsian Cik Sutinah Sujaair dan Encik Amirul Aqmal, pelajar Diploma Pengajian Islam Cordova, serta Ustazah Zulaikha Ishak dari Andalus. Andalus, Cordova dan Al-Zuhri menawarkan program-program agama untuk semua peringkat. Dapatkan informasi lanjut di: ANDALUS: www.andalus.com.sg CORDOVA: www.cordova.com.sg AL-ZUHRI: www.zuhri.com.sg 00:00 – Fenomena ilmu 'segera' di media sosial 02:05 – Semuanya bermula di rumah 09:54 – Ilmu 'fast food' tak semestinya ilmu 'sahih' 14:33 – Peranan guru, adab belajar dan amanah ilmu 18:46 – AI dan tek

Butiran teknikal
GUID
c6ef21200a0f6f12bdbcd1d2c4b80c65891d1a9d1f8010e23ba13b6e24e8f75d
2025-12-18 43:27 Dengar

Lagi daripada Berita Harian

Tiada podcast lain yang diterbitkan daripada pencipta ini tersedia pada masa ini.

Data podcast dan karya seni adalah milik pencipta dan penerbit mereka. Laman web ini menyediakan data direktori dan pautan sumber sahaja.