Butiran podcast
No Tapis
Berita Harian
Penerangan
Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual. Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi. Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.
Butiran
Episod podcast terkini
200 episod tersedia (Jumlah RSS 561; menunjukkan terkini 200) · Halaman 17 daripada 20
| Episod dan kandungan | tarikh | Tempoh | Dengar |
|---|---|---|---|
|
NoTapis: Ye ke anak muda tak kisah tentang Bahasa Melayu kita?
Sudah hampir empat dekad sejak Bulan Bahasa dimulakan dan pelbagai usaha dijalankan untuk terus menyemarakkan serta memupuk bahasa dan budaya kita dalam masyarakat. Tetapi sejauh mana keberkesanannya? Dalam episod ini, Pengerusi Bulan Bahasa Encik Zulkarnain Abdul Rahim bersama dua orang beliau, Encik Encik Muhammad Farish Jasni, pelajar Politeknik Republik dan Cik Putri Nish, pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat mengetengahkan pandangan mereka bagaimana Bulan Bahasa mampu terus mendekati masyarakat agar dapat melestarikan bahasa dan budaya Melayu di Singapura. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2024-10-11 | 42:59 | Dengar |
|
NoTapis: Ibu hamil ambil dadah, bayi boleh jadi 'ketagih' lepas lahir?
Setelah terjerumus dalam kanca dadah, Cik Anita Jangil tidak dapat hentikan ketagihannya meskipun semasa beliau hamil. Bila si ibu ambil dadah, apa yang jadi dengan anak-anaknya? Terutama sekali anak yang dalam kandungan? Dengarkan perkongsiannya dalam episod kali ini. Pengurus Kes di Persatuan Anti-Narkotik Singapura (SANA), Cik Dianah Ja’afar pula berkongsi cara terbaik untuk wanita bekas pesalah dadah boleh mendapatkan motivasi untuk berubah. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2024-10-04 | 55:09 | Dengar |
|
NoTapis: Projek naik taraf Geylang Serai: Kenapa tak cukup meriah ke sekarang?
Adakah Geylang Serai mampu mengekalkan tarikannya untuk terus menjadi tempat istimewa bagi masyarakat Melayu dengan peredaran masa? Terutama sekali bagi golongan muda? Dalam podcast ini, Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga pengerusi Jawatankuasa Jalur Budaya Geylang Serai (GSCB) menjelaskan menyemarakkan lagi kawasan Geylang Serai. Pada masa yang sama, Pengasas Sri Warisan Cik Som Said, Pengasas The Intan Peranakan Museum, Encik Alvin Yapp dan Pengerusi Kelana Purba, Encik Hydil Kwok turut berkongsi bagaimana program-program yang ditawarkan di kawasan itu dapat menarik semua lapisan masyarakat dengan cara inovatif. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2024-09-27 | 51:16 | Dengar |
|
tBH: "Ustaz, saya alami tarikan sesama jenis..."
"Ustaz, saya alami tarikan sesama jenis, apa harus saya lakukan?" Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Tarmizi Abdul Wahid, menjawab pertanyaan tersebut dalam episod tBH kali ini. Beliau turut menjelaskan panduan agama yang diterbitkan Pergas berjudul "Tarikan Sesama Jenis daripada Perspektif Islam" bersama seorang lagi tetamu, Ustazah Khairunnisaa Abdul Rahim, Eksekutif Kanan Pembangunan Kajian Pergas See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2024-09-21 | 1:00:19 | Dengar |
|
NoTapis: ‘Heavy metal’ berhijab, VOB asal pelajar nakal
Ditubuhkan pada 2014, kumpulan Voice of Baceprot (VOB) asal Indonesia, dianggotai oleh tiga rakan sekolah menengah menemui jalan untuk menyalurkan tenaga dalam bidang muzik, khususnya dalam genre ‘heavy metal’. Dalam episod kali ini, anggota band VOB, Firda Marsya Kurnia, Euis Siti Aisyah, dan Widi Rahmawati berkongsi perjalanan mereka menjadi rockstar antarabangsa. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2024-09-20 | 41:52 | Dengar |
|
Apakah 'Singapore Dream' bagi anak Melayu Singapura?
Kejayaan bagi anda, adakah ia sama dengan apa yang dianggap masyarakat sebagai kejayaan atau apa yang anda sendiri anggap sebagai kejayaan? Dalam podcast NoTapis kali ini, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri bertanggungjawab Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad bersama pemuzik Cik Nabillah Jalal dan atlet boling, Encik Nu’man membincangkan definisi kejayaan. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2024-09-10 | 1:13:29 | Dengar |
|
Ambil dadah sejak usia muda
“Muda-muda lagi dah ambil dadah” Dalam episod No Tapis kali ini yang dihoskan pempengaruh Cik Pamela Lee Nur Shuhadah, Encik Muhammad Aqil Danish Helmi, Encik Danial Iskandar Azemani menceritakan pengalaman mereka terjebak dengan kancah dadah. Kaunselor Encik Shaikh Loqman pula berkongsi tips bagi ibu bapa cegah anak mereka dari terjebak. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2024-09-05 | 46:26 | Dengar |
|
Saya tak simpan makanan untuk diri sendiri!
Sebagai ibu tunggal sebelum ini, Cik Marlina Mohamed Yased pernah terpaksa menggunakan sabun untuk mencuci ayam yang rosak dan berlendir kerana tidak ada makanan lain di rumah beliau dan anak-anaknya. Untuk memastikan tiada jirannya yang terpaksa melalui pengalaman yang sama, beliau memulakan inisiatif ‘community fridge’ di flatnya di Lengkok Bahru yang menawarkan makanan percuma untuk keluarga yang memerlukan. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2024-08-30 | 41:31 | Dengar |
|
Sambung lagu NDP…mampu tak mampu
Dalam episod khas sempena NDP, kami ajak influencer Pamela Lee Shuhada dan Sofia Arissa cuba sambung lagu NDP…mampu tak mampu? Episod kali ini juga membincangkan tentang keunikan kita sebagai warga Singapura dan juga apa yang kita cukup hargai tentang tanah air kita. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2024-08-08 | 45:37 | Dengar |
|
Boleh ke kenal tanda penyalahgunaan dadah?
Macam mana ibu bapa nak kenal pasti tanda anak-anak mereka menyalahguna dadah? Dalam episod NoTapis kali ini, pekerja sosial daripada Khidmat Belia Alkin, Cik Farah Dina Nordin, serta Pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB), Encik Taufiq Abdul Azim, berbincang tentang tanda-tanda salah guna dadah dan cara untuk mempertingkat sokongan bagi belia. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2024-08-02 | 49:20 | Dengar |
Lagi daripada Berita Harian
Tiada podcast lain yang diterbitkan daripada pencipta ini tersedia pada masa ini.
Podcast yang serupa
Data podcast dan karya seni adalah milik pencipta dan penerbit mereka. Laman web ini menyediakan data direktori dan pautan sumber sahaja.