Butiran podcast

No Tapis

Berita Harian

Penerangan

Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual. Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi. Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

Butiran

Episod podcast terkini

200 episod tersedia (Jumlah RSS 561; menunjukkan terkini 200) · Halaman 19 daripada 20

Episod dan kandungantarikhTempohDengar
Adakah sokongan bagi anak-anak berkeperluan khas mencukupi?

Tahun ini, pemerintah mengumumkan beberapa sokongan tambahan bagi anak-anak berkeperluan khas. Namun, apakah sebenarnya cabaran yang dilalui ibu bapa anak berkeperluan khas ini? Dalam podcast No Tapis kali ini, Konsultan Kanan Pendidikan Khas, Dr Haslina Hassan, dan seorang bapa dengan anak berkeperluan khas, Mohamed Shahrom Mohd Taha membincangkan sekiranya sokongan yang ditawarkan bagi anak-anak berkeperluan khas mencukupi. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
a6fefd746db2d1432eaf1ae95af458741d1fbe9e669b7edbc1032bb0cf219209
2024-05-17 51:03 Dengar
Di sebalik tabir Gegar Vaganza

Ada lagu, ada lagi. Sejak 2014, rancangan televisyen realiti Malaysia. Gegar Vaganza telah menarik perhatian orang ramai dengan memberi peluang kedua kepada penyanyi-penyanyi popular untuk bersinar sekali lagi. Dalam podcast No Tapis kali ini, koresponden Berita Harian, Encik Anwar Saleh dan Ketua Gaya Hidup, Cik Haryani Ismail menerima eksklusif di sebalik tabir siri tersebut bersama Pengarah Urusan Inkhouse Media, Datuk Khairul Anwar Salleh. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
dab7003c1dcce74632304a3342d751d9c0e0c9c8427f0576e296ac02af9a2978
2024-05-10 31:53 Dengar
Selepas 50 tahun, sumbangan P Ramlee tetap dikenang

Lima puluh tahun selepas berpulangnya Tan Sri P. Ramlee, namanya terus dijulang sebagai ikon seni disebabkan bakatnya yang luar biasa dan kesan abadi filemnya. Dalam podcast No Tapis kali ini, pengarah urusan Inkhouse Pictures Datuk Khairul Anwar Salleh, berkongsi usahanya untuk terus melestarikan karya P. Ramlee melalui filem biopik baru bertajuk 'P. Ramlee — Jeritan Batinku' yang dijangka ditayangkan pada 2025. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
abd4957b22895b1af7fed41daa45abf921b817cd293af9e33a453b40c24d31bb
2024-05-03 36:56 Dengar
Mula sebagai personaliti TV, sekarang jadi tukang cari jodoh?

Singapura pun ada tukang cari jodoh seperti “Aunty Sima”? Dalam podcast No Tapis kali ini, Penerbit Podcast, Natasha Mustafa dan Wartawan Berita Harian, Nur Humaira Sajat bertemu bersama personaliti televisyen tempatan, Sujimy Mohamad dan Haslinda Ali untuk kenali perjalanan mereka dalam industri media dari dulu hingga sekarang. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
525732da19eae7f13dd1d9a150bfb1ca38613e9ff6bc7b9d131fe1d06395224f
2024-04-26 38:20 Dengar
Nak berpoligami, tapi kahwin di luar negara.... boleh ke?

Kahwin di luar negara tanpa pengetahuan Pejabat Pendaftar Pernikahan Orang Islam (ROMM), boleh ke? Dalam podcast No Tapis kali ini, Timbalan Pendaftar ROMM, Ustaz Mohamed Khair Rahmat, dan Naib Kadi, Ustaz Hidayat Ismail, berkongsi dengan lebih lanjut tentang isu poligami dan kesannya terhadap keluarga. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
98de9445cb1e7432e474d94ba56a7b72debd4ef11febc9c22a2de611c8df412d
2024-04-19 43:55 Dengar
Daging yang 'dibuat' di makmal...halal ke?

Makanan alternatif, seperti daging kultur, boleh menjadi sumber makanan umat Islam. Tapi apa yang membuatnya halal? No Tapis ajukan soalan ini kepada Ustaz Mohd Kamal Mokhtar, anggota bersekutu kanan Jawatankuasa Fatwa Muis, yang telah berkongsi tentang penghasilan daging kultur dan mengapa ia sumber makanan alternatif penting kini. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
b88fc301cbb452ed0eed2a6ef5b47b3c763d31225ea2aa62d457e9b11715e371
2024-04-12 39:30 Dengar
BTO 5 tahun terus 'upgrade' ke kondo...mampu ke?

Mampu ke saya nak 'upgrade' dari BTO ke rumah privet? Agak-agak berapa gaji yang diperlukan? Dalam episod No Tapis kali ini, ejen hartanah, Cik Nadiyah Kamsani dan Cik Nuruhuda Md Noor, berkongsi lebih lanjut mengenai kriteria serta bagaimana anda boleh merancang untuk beralih ke rumah privet seperti kondominium. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
46d62c81c36bd2f1775bc21444b5f25dc6f3b06eabdf2c9d0b9e61f8fbd0d27b
2024-04-05 37:52 Dengar
Bazar sekarang ‘overhyped’ atau sekadar ikut selera orang?

Adakah bazar zaman sekarang ‘overhyped’ atau itu satu keperluan untuk memenuhi citarasa orang ramai? Dalam episod No Tapis ini, pemilik gerai Katoshka, Muhammad Hasif Othman dan pengendali syarikat penganjuran acara dan pengurusan artis Mak Besar Pte Ltd, Haryani Othman mengulas tentang komen-komen netizen dan berkongsi cabaran kendali bazar. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
bfdb40c2bcb01402d6e8164de232f7b955d44c70fdb00ed5d2389f49ff912dbb
2024-03-29 31:24 Dengar
Melayu dah banyak maju… Tetapi kenapa macam masih ada yang belum puas?

Tahun demi tahun, masyarakat Melayu/Islam Singapura kian maju. Tetapi kenapa macam masih ada yang belum puas? Dalam episod NoTaapis ini, pemilik rangkaian gerai makanan Ashes Burnnit, Encik Lee Syafiq; Pengasas Revitalize Grp Pte Ltd, Encik Muhammad Rizal Rashid; dan pengurus dasar di sebuah syarikat teknologi global, Cik Amalina Abdul Nasir berkongsi pengalaman mereka berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam industri yang berbeza. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
1401960ec4b3ab10cbb25ee5501563d5a22e4d774a9f9d6b751e5503bee69b1b
2024-03-22 51:38 Dengar
Selamat datang ke No Tapis 2.0!

No Tapis bertemu anda semula dengan wajah lebih segar! Menampilkan hos bersama yang baru, No Tapis akan mengetengahkan topik-topik lebih menarik dan terkini. Nantikan episod pertama podcast kami. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
f401438c3f41bf91f2c83f692877ac8670f01530cc90a648cc8cb3ff23755e19
2024-03-15 1:43 Dengar

Lagi daripada Berita Harian

Tiada podcast lain yang diterbitkan daripada pencipta ini tersedia pada masa ini.

Data podcast dan karya seni adalah milik pencipta dan penerbit mereka. Laman web ini menyediakan data direktori dan pautan sumber sahaja.