Butiran podcast
No Tapis
Berita Harian
Penerangan
Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual. Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi. Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.
Butiran
Episod podcast terkini
200 episod tersedia (Jumlah RSS 561; menunjukkan terkini 200) · Halaman 7 daripada 20
| Episod dan kandungan | tarikh | Tempoh | Dengar |
|---|---|---|---|
|
Noor Ali: SPL beri peluang kepada pemain tanpa kelab untuk terus beraksi
Ketua jurulatih Geylang International, Noor Ali berkata beliau berbesar hati kelab-kelab Liga Perdana Singapura (SPL) memberi peluang kepada pemain tanpa kelab untuk terus beraksi dan membuktikan kemampuan mereka. Bekas pemain bola sepak Singapura yang kini berusia 50 tahun itu turut menyentuh tentang bakat-bakat ‘terpendam’ pemain Singapore Football League (SFL) yang boleh digilap untuk lebih menyerlah. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2025-09-06 | 42:19 | Dengar |
|
Realiti menjaga anak berkeperluan khas di S’pura
Bagaimana rasanya jadi ibu kepada anak berkeperluan khas dan yang menghidap penyakit ‘rare’? NoTapis kali ini mengetengahkan dua ibu luar biasa, Cik Julia Kasiman dan Cik Haznita Abdul Karim yang berkongsi perjalanan mereka dari saat menerima diagnosis anak, melalui tempoh penuh cabaran, dan seterusnya memutuskan untuk membina kumpulan sokongan untuk keluarga yang melalui perkara yang sama. Mesej mereka kepada ibu bapa lain: “Anda tidak bersendirian.” See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2025-09-05 | 42:13 | Dengar |
|
Pengerusi baru PSP: "Setiap cabaran adalah peluang..."
Pengerusi baru PSP, Encik Abas Kasmani, melihat setiap cabaran sebagai peluang untuk memperkukuh parti. Beliau berkongsi hala tuju jangka panjang, dan bagaimana untuk menggabungkan pandangan golongan yang berpengalaman serta pandangan golongan muda untuk kebaikan parti. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2025-09-02 | 13:15 | Dengar |
|
Hala tuju dan masa depan PSP selepas GE2025?
Selepas keputusan GE2025, Parti Kemajuan Singapura (PSP) berdepan cabaran besar untuk kekal relevan tanpa perwakilan di Parlimen. Pengerusi baru PSP, Encik Abas Kasmani, berkongsi pandangan tentang faktor yang menjejas prestasi parti, strategi pembaharuan, serta peranan generasi muda dalam menentukan hala tuju PSP. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2025-09-02 | 10:13 | Dengar |
|
Pengerusi baru PSP kongsi dorongan ingin teruskan legasi Dr Tan Cheng Bock
Pengerusi baru Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Abas Kasmani, kongsi perjalanan politiknya serta dorongan untuk terus perjuangkan legasi pengasas PSP, Dr Tan Cheng Bock. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2025-09-02 | 6:41 | Dengar |
|
Kadir Yahaya: Daripada juara Liga S pada 1996 kepada memimpin pasukan S’pura menang pingat gangsa semasa YOG2010
Daripada menjuarai Liga S bersama Geylang United pada 1996, kepada memimpin pasukan Singapura meraih pingat gangsa semasa Sukan Olimpik Belia (YOG) pada 2010, Kadir Yahaya berkongsi pengalamannya sepanjang bergiat dalam arena bola sepak Singapura. Beliau turut berkongsi pengalamannya menjadi jurulatih pasukan bola sepak St. Joseph’s Institution (SJI) selama 10 tahun dalam episod ketiga (segmen 1 daripada 2) vodcast NoTapis Kaki Bola ini bersama Hazman Abdul Aziz. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2025-08-30 | 36:44 | Dengar |
|
Kadir Yahaya: Tentang cabaran pembangunan belia dalam bola sepak Singapura
Nama Kadir Yahaya tidak asing lagi dalam dunia bola sepak setempat. Pada usia 57 tahun sekarang, bekas pemain bola sepak Singapura itu yang kini berkhidmat sebagai pengarah bola sepak di bawah inisiatif Unleash The Roar memilih untuk lebih menumpukan pada usaha membentuk cita-cita pemain muda daripada memburu kemenangan. Ketahui kenapa dalam episod ketiga (segmen 2 daripada 2) vodcast NoTapis Kaki Bola ini bersama Hazman Abdul Aziz. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2025-08-30 | 29:13 | Dengar |
|
NoTapis Personaliti - Guy Ghazali: Wanita pertama dilantik Presiden Kanan Mahkamah Syariah
NoTapis Personaliti kali ini menampilkan Guy Ghazali , yang mencipta sejarah sebagai wanita pertama dilantik ke jawatan Presiden Kanan Mahkamah Syariah Singapura pada 2020. Di sebalik personaliti yang agak misteri — dengan maklumat peribadi yang terhad di ruang maya — terserlah seorang pemimpin yang menggabungkan ketegasan undang-undang dengan kelembutan empati. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2025-08-29 | 18:46 | Dengar |
|
Apakah masa depan warga emas di Singapura?
1 daripada 4 warga Singapura akan berusia 65 tahun dan ke atas menjelang 2030. Namun ini bukan isu yang harus ditangani golongan warga emas sahaja. Orang muda juga perlu memahami isu ini dengan mendalam dan peranan penting yang mereka boleh mainkan sedang Singapura menuju status ‘super-aged society’ atau masyarakat lebih menua. Pakar perubatan geriatrik, Dr Nur Farhan Alami dan Pengarah Pengasas Dialogue Centre Limited, Encik Mohamed Imran Mohamed Taib bincangkan dalam episod podcast NoTapis BHerbual kali ini. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2025-08-25 | 40:12 | Dengar |
|
Semangat Singapura: ‘Kita’ dahulu, baru ‘saya’
Dalam ucapan NDR 2025 beliau, Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menarik perhatian tentang Semangat Singapura dan menyeru warga membangunkan masyarakat yang mengutamakan ‘kita’ sebelum ‘saya’. Memang bukan mudah kerana lumrah manusia adalah untuk mementingkan diri sendiri dan mempertahan apa yang mereka miliki, namun menyemarakkan Semangat Singapura ini bukan hanya penting tapi perlu sedang Singapura mengemudi dunia yang semakin tidak menentu dan bergelora. Pakar perubatan geriatrik, Dr Nur Farhan Alami dan Pengarah Pengasas Dialogue Centre Limited, Encik Mohamed Imran Mohamed Taib bincangkan dalam episod podcast NoTapis BHerbual kali ini. See omnystudio.com/listener for privacy information. Butiran teknikal
|
2025-08-25 | 28:03 | Dengar |
Lagi daripada Berita Harian
Tiada podcast lain yang diterbitkan daripada pencipta ini tersedia pada masa ini.
Podcast yang serupa
Data podcast dan karya seni adalah milik pencipta dan penerbit mereka. Laman web ini menyediakan data direktori dan pautan sumber sahaja.