Butiran podcast

No Tapis

Berita Harian

Penerangan

Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual. Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi. Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

Butiran

Episod podcast terkini

200 episod tersedia (Jumlah RSS 561; menunjukkan terkini 200) · Halaman 15 daripada 20

Episod dan kandungantarikhTempohDengar
BHerbual NoTapis: ‘Lifelong learning’ boleh ubah nasib?

Bagaimana program SkillsFuture membuka pintu peluang untuk warga Singapura? Dalam perbincangan BHerbual NoTapis ini, Editor Berita, Encik Nazri Hadi Saparin dan koresponden Irma Kamaruddin bersama Felo penyelidik kanan Institut Kajian Dasar, Dr Faizal Yahaya dan Pengerusi M³@Pasir Ris-Punggol, Encik Azuan Tan bincangkan bagaimana meningkatkan kemahiran dapat menjadi kunci kejayaan bagi ramai. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
b336fbe286431df481a527fa4533b1b57ccf170ccd6dc06e234756596cf23ac6
2025-02-21 24:22 Dengar
BHerbual NoTapis: ‘Sandwiched class’ tak cukup bantuan dalam Belanjawan 2025?

💬 Adakah sokongan untuk golongan middle-income atau "sandwich class" cukup? Dalam perbincangan BHerbual NoTapis ni, Editor Berita, Encik Nazri Hadi Saparin dan koresponden Irma Kamaruddin kupas cabaran dalam menyara keluarga dan menjaga ibu bapa yang semakin tua bersama Felo penyelidik kanan Institut Kajian Dasar, Dr Faizal Yahya dan Pengerusi M³@Pasir Ris-Punggol, Encik Azuan Tan. Apa penyelesaian terbaik? 🔍 Saksikan perbincangan penuh dan kongsi pendapat anda di komen! #MiddleIncome #SandwichClass #Bajet2025 #KesejahteraanKeluarga #belanjawan2025 #beritasingapura #budget2025 See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
db68cffe131308c4c37df47cc8eb1e8fbe8f0b56c9e21ed19ede41615eacba89
2025-02-20 17:55 Dengar
Kerjaya “ke laut” kerana Google

🌊🤿 Dari langit ke dasar laut! Dalam episod ini, Cik Amirah Mokhlis, penyelam komersial wanita kedua di Singapura, berkongsi perjalanan luar biasa meninggalkan industri penerbangan untuk memasuki dunia selaman yang penuh cabaran. Ketahui realiti sebenar pekerjaan yang didominasi lelaki ini – dari menempuh ujian mental dan fizikal hingga pengalaman hampir kehilangan oksigen di dasar laut. Pekerjaan ini bukan untuk yang lemah semangat… Adakah anda cukup berani untuk menghadapi cabarannya? See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
2a201c9859b17d28ffa67d869c652c6606d33dc5e6a7149a27c1a96c36db5865
2025-02-14 35:23 Dengar
‘Wrestler’ wanita…berhijab lagi? Penerbit video jadi ‘lanun’ gusti di malam hari

Pada siang hari, Cik Maisarah Abu Samah, menyunting video dan menghasilkan kandungan. Pada malam hari pula beliau yang lebih dikenali sebagai Sarah, menjadi ‘lanun’ ganas yang ingin ‘mengakhiri nyawa’ lawan di gelanggang. Dalam podcast NoTapis ini, ‘The Captain’ membincangkan cabaran dan kejayaan beliau dalam dunia gusti, serta bagaimana beliau memberi inspirasi kepada ramai wanita muda untuk mencuba sukan ini. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
efc2f22925f7bb58a3416c984ee31bb44f6a45602e7b42b21058732aa322e1fd
2025-02-07 32:25 Dengar
Mualaf masih boleh sambut Tahun Baru Cina?

Tahun Baru Cina memang dikaitkan dengan macam-macam kepercayaan, ‘pantang larang’ dan tradisi. Tapi selepas memeluk Islam, bagaimana golongan mualaf nak sambut dengan anggota keluarga lain yang bukan Islam? Apa cabarannya? Dua individu mualaf, Cik Sharmin Low dan Encik Shane Ehsan Hew kongsi pengalaman mereka. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
f3a3da359c77989bf58d51033cafd63c583e6747985643b4ba793a0e117e2baf
2025-01-31 29:19 Dengar
“Orang tak tau, tapi saya seorang yang romantik” kata Dr Maliki

Dari seorang pelajar ‘average’ sampai jadi menteri. Apa ‘origin story’ Dr Maliki? Dalam episod NoTapis kali ini Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman berkongsi kisah hidupnya secara ‘up close and personal’. Beliau berkongsi kisah hubungan beliau dengan isteri, pengorbanan mereka untuk anak-anak dan juga pandangan keluarga tentang penglibatannya dalam politik. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
293c15813773477849fc711be863103ccb4cba5e58bb566ea65f2df8c6a56a88
2025-01-24 45:49 Dengar
Merungkai persepsi di sebalik pekerjaan sebagai seorang penjaja

Betul ke kerja sebagai penjaja gerai makan ni tak ada masa depan? Dalam episod NoTapis kali ini dua penjaja Melayu, Pemilik gerai Izah Rahman Corner, Encik Affandi Rahman dan Pengurus Boon Lay Power Nasi Lemak, Encik Farhan Hamzah, buktikan sebaliknya! Dari menggunakan teknologi canggih hingga merombak persepsi masyarakat, mereka berkongsi rahsia bagaimana mereka mengubah industri makanan Singapura dan membina tempat mereka di sini. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
e1fbed22e6b487b3625216ec0caf48fb222be55de28e599da34aa318dbaa2cc6
2025-01-17 46:31 Dengar
Mangsa ‘abuse’ dedahkan semuanya…

“Ayah saya kaki pukul.” Ibu bapa sepatutnya menjadi pelindung pertama anak-anak mereka, orang yang pertama anak-anak cari untuk dapatkan kasih sayang dan sokongan. Malangnya, bagi sesetengah individu, realitinya jauh berbeza. Demikian kehidupan Cik Siti (bukan nama sebenar). Dalam episod NoTapis kali ini, Cik Siti menceritakan pengalaman beliau dan keluarganya yang terperangkap dalam keganasan dan penderaan serta cara mereka dapatkan bantuan. Turut menyertai podcast kali ini ialah ketua pekerja sosial di Pave, Cik Nazeema Bassir Marican yang berkongsi dengan lebih lanjut realiti keganasan rumah tangga, kesannya serta sokongan dan bantuan yang boleh menyelamatkan nyawa. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
d495c69a0d7120b03241e166f6f56471ca5b9e73189f330cab9832d1733f5da1
2025-01-10 50:36 Dengar
Dulu 4XL sekarang XS.... Azam tahun baru dah tercapai!

Pejam celik pejam celik dah tahun baru! Dalam episode NoTapis ini, kita bertemu pasangan Cik Sharifah Osman dan Encik Supian Abdul Ghani yang berjaya kurangkan berat badan bersama keluarga -sebanyak 100kg secara keseluruhan- sempena tahun baru. Pasangan ini berkongsi bagaimana perjalanan kesihatan mereka didorong keinginan untuk menjaga anak istimewa mereka dan mengelak daripada menjadi beban kepada anak-anak mereka. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
9ee9323b6dfdd7d35aac4f3dc4088f14f573786ddce5deb6f9bea6e6bc47349c
2025-01-03 43:57 Dengar
Tak rasa bersalah ke wakil penjenayah?

Biasanya khidmat peguam probono ditawarkan kepada golongan yang kurang berkemampuan, dan ini merangkumi semua golongan yang memerlukan khidmat mereka termasuk mungkin mereka yang betul-betul bersalah. Jadi adakah golongan ini benar-benar membantu mereka yang memerlukan atau sebaliknya? Dalam episod Notapis kali ini, Pengerusi Pro Bono SG dan Rakan kongsi di Kumpulan Amalan Litigasi Komersial di Rajah & Tann Singapore LLP, Encik Gregory Vijanedran dan Pengarah Emerald Law LLC, Cik Syafiqah Ahmad Fu'ad pengalaman mereka mencapai keadilan untuk semua lapisan masyarakat. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
a4f6c4269c2eebaca296fdef5e5fe59b094f507653bd37a002cbadec19467312
2024-12-27 44:01 Dengar

Lagi daripada Berita Harian

Tiada podcast lain yang diterbitkan daripada pencipta ini tersedia pada masa ini.

Data podcast dan karya seni adalah milik pencipta dan penerbit mereka. Laman web ini menyediakan data direktori dan pautan sumber sahaja.