Butiran podcast

No Tapis

Berita Harian

Penerangan

Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual. Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi. Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

Butiran

Episod podcast terkini

200 episod tersedia (Jumlah RSS 561; menunjukkan terkini 200) · Halaman 8 daripada 20

Episod dan kandungantarikhTempohDengar
Abbas Saad: Dari Lebanon ke Australia hingga menjadi ikon bola sepak Singapura

Membesar di Lebanon ketika negara itu dilanda perang, kemudian berpindah ke Australia bersama keluarganya sebelum bakatnya dikesan untuk menyertai pasukan Singa, legenda bola sepak Singapura, Abbas Saad yang pernah diberi julukan ‘David Beckham’ dan ‘Eric Cantona’ Singapura ceritakan kisah perjalanan kerjayanya dalam bola sepak, dalam episod kedua (segmen 1 daripada 2) podcast NoTapis Kaki Bola ini bersama Hazman Abdul Aziz dan Farehan Hussein. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
5357ef6884d567c5960afe30507c98d8d6cc18fea9c7d28cac67580b29866832
2025-08-23 35:13 Dengar
Abbas Saad: Antara kemenangan bersejarah, impian musnah & penyokong Singapura yang sentiasa di hati

Baru sahaja meraikan kemenangan bersejarah apabila Singapura menewaskan Pahang 4-0 di perlawanan akhir Piala Malaysia 1994, nama Abbas Saad terpalit dengan kontroversi rasuah pula. Kini pada usia 58 tahun, legenda bola sepak Singapura itu berkongsi tentang antara detik terendah dalam kerjaya bola sepaknya yang menghancurkan satu impiannya. Beliau juga berkongsi tentang hubungan rapatnya bersama legenda bola sepak negara lain seperti Fandi Ahmad, Malek Awab dan V. Sundramoorthy serta harapannya untuk kembali menyumbang di Singapura dalam episod kedua (segmen 2 daripada 2) podcast NoTapis Kaki Bola ini bersama Hazman Abdul Aziz dan Farehan Hussein. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
1db9442a1b7eef6b2bebe29b538ce41fab6e2e887311087e218835abdda80b34
2025-08-23 26:46 Dengar
Grab ‘rider’ beli rumah RM1.4 juta dengan pendapatan $6k sebulan?

Pekerja gig Encik Afiq Zayany Zainin, ‘viral’ baru-baru ini kerana dilaporkan tinggal di villa di JB Malaysia yang bernilai RM1.4 juta Ada yang tertanya-tanya betul ke ni? Dalam episod NoTapis kali ini, Encik Afiq menjelaskan realiti sebenar sebagai pekerja gig di Singapura yang tinggal di Malaysia. Daripada pendapatan harian sebagai penghantar makanan, gaya hidup ‘mewah’ yang beliau mengalami serta mengapa anda mungkin tidak mahu mengikut jejaknya. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
f455d655fcf1393a998e6dc74907646e99c1410daee79579dec554ec65bedaa8
2025-08-22 27:31 Dengar
Sistem COE: Antara sistem berkesan dengan empati

Sistem Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) Singapura adil dan efisien daripada perspektif ekonomi, namun adakah sistem ini bersifat empati kepada mereka yang benar-benar memerlukannya seperti keluarga dengan ranak berkeperluan khas dan mempunyai warga emas. Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) Kewangan serta Perdagangan dan Perusahaan bincangkan dalam episod podcast NoTapis BHerbual kali ini. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
c411ad94889489ccc91afab0b138f3561c85bcef7c897666ff94fe4a8b4249ec
2025-08-19 31:31 Dengar
Kesan Tarif AS: Apakah Singapura sudah bersedia?

Harga naik? Pekerjaan terjejas? Tarif AS mungkin memberi kesan kepada kita di Singapura. Encik Saktiandi Supaat kupas apa yang perlu kita tahu, dan bagaimana bersedia. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
947273f8b645b5d3c3382e9c2bc7b5bd2038b4c3a1d046eb2d13245c3e13d4c1
2025-08-18 25:00 Dengar
Gagal ke Sukan SEA boleh jejas perkembangan Young Lions?

Dalam episod pertama (segmen 2 daripada 2) NoTapis Kaki Bola ini, Hazman Abdul Aziz dan Farehan Hussein berbincang dengan legenda liga profesional setempat, Yazid Yasin, dan jurulatih berpengalaman, Akbar Nawas, tentang hala tuju bola sepak Singapura, pembangunan pemain muda dan masa depan mereka serta apakah kesannya Young Lions tidak disertakan dalam pemilihan awal kontinjen atlet yang akan wakili Singapura di Sukan SEA 2025. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
c2eba094287330a19df3442c38c96e18751d77feb7e7f685598d24f42a64e9f0
2025-08-16 21:39 Dengar
Masa depan bola sepak Singapura:Antara pemain muda, pemain asing & perkembangan SPL

Dalam episod pertama (segmen 1 daripada 2) NoTapis Kaki Bola, Hazman Abdul Aziz dan Farehan Hussein mengundang legenda liga profesional setempat, Yazid Yasin, dan jurulatih berpengalaman, Akbar Nawas, untuk membincangkan isu hangat bola sepak tempatan dan berkongsi pengalaman dari era Liga S pada 1990-an. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
05a3e42fd03acdfd6161f23bd7336e97a7530fa5520897180fa390a9f2b71e0e
2025-08-16 35:33 Dengar
NoTapis Personaliti - Halimah Yacob: Mantan Presiden nak balik rumah HDB di Yishun lepas bersara?

Dalam episod khas NoTapis Personaliti kali ini, mantan Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob, berkongsi hidup selepas persaraan, cabaran sebagai i presiden wanita pertama Singapura, dan prinsip yang membentuk dirinya. Dari cerita tentang rumah HDB Yishun yang menjadi “obsession” rakyat, gaya tudung yang konsisten, hingga keputusan sukar untuk menyahut cabaran menjadi presiden Singapura. Puan Halimah mendedahkan kisah peribadi (dan juga beberapa rahsia) yang tak pernah didedahkan sebelum ini. Beliau juga menyentuh isu-isu yang dekat di hati seperti hak wanita, kesihatan mental, dan perspektifnya berkaitan isu konflik Israel-Palestin. Sebagai nenek manjakan cucunya, Halimah kini menikmati kebebasan untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga namun pada masa yang sama terus berkhidma

Butiran teknikal
GUID
02619709e99d1213f548c0c74ef163283b69a07168f576994700b5374bd1f9b9
2025-08-15 20:52 Dengar
Diskriminasi antara kaum di S'pura: Apa realitinya?

Sedang majoriti responden dalam kumpulan berbeza berkata mereka tidak pernah atau jarang mengalami insiden diskriminasi berkaitan bangsa atau agama, hasil Tinjauan Kaum, Agama dan Bahasa (RRL) IPS 2024 mendapati kurangnya responden Melayu dan India yang menyatakan demikian. Apa realitinya di Singapura? See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
5de64f7ddd2371616307f1143c2d451f7226ca38ef7e1811248ba639b1919448
2025-08-11 37:11 Dengar
Kpod & vape: 'Trend' yang membawa padah

Beberapa video yang tular baru-baru ini memaparkan individu yang kelihatan seperti zombi selepas menghisap vape mencetuskan keprihatinan tentang penggunaan Kpod dan vape serta risikonya bagi belia. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
f0f7005c1f672e881b0202f832d153245ca36efcfaee677f1c47729f7e024c8c
2025-08-11 17:46 Dengar

Lagi daripada Berita Harian

Tiada podcast lain yang diterbitkan daripada pencipta ini tersedia pada masa ini.

Data podcast dan karya seni adalah milik pencipta dan penerbit mereka. Laman web ini menyediakan data direktori dan pautan sumber sahaja.