Butiran podcast

No Tapis

Berita Harian

Penerangan

Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual. Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi. Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

Butiran

Episod podcast terkini

200 episod tersedia (Jumlah RSS 561; menunjukkan terkini 200) · Halaman 18 daripada 20

Episod dan kandungantarikhTempohDengar
Tahun meraikan Sukarelawan!

Setiap orang mempunyai peranan untuk membina masyarakat yang prihatin dan inklusif. Antara mereka yang membantu untuk mengukuhkan kompak sosial adalah sukarelawan. Awal tahun ini, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) telah menetapkan 2024 sebagai Tahun Meraikan Sukarelawan. Dalam podcast NoTapis kali ini, sukarelawan Cik Nur Shahirah Abdullah dan Cik Sarinah Anang berkongsi dorongan menawar khidmat sebagai sukarelawan serta kepuasan yang diraih dari pengalaman tersebut. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
128b16e6afcd4794670e299ce9911e8184e46aada2e6198e09543041e2c186ad
2024-07-26 29:38 Dengar
Membesarkan seorang atlet Olimpik

Tirai temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik, akan dibuka di Paris pada 26 Julai hingga 11 Ogos. Kali ini, seramai 23 atlet daripada 11 sukan akan mewakili Singapura. Antaranya termasuk atlet lawan pedang Singapura, Kiria Tikanah. Di sebalik kejayaan Kiria untuk layak bertanding di Sukan Olimpik, ada semangat dan sokongan berterusan keluarga tercinta. Dalam episod ini, bapanya, Encik Abdul Rahman Ahmad, bersama penerbit-penyampai podcast No Tapis, Cik Natasha Mustafa, dan wartawan, Cik Zulaiqah Abdul Rahim, mengupas perjalanan dan cabaran membesarkan seorang atlet yang kini layak bertanding di Sukan Olimpik. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
940cdd4446ba8fbe3dacda14ff792b1c83308e4c90c73a2e3073b6590711ddcf
2024-07-19 40:27 Dengar
Dari Al-Azhar ke Berita Harian

Dulu belajar usuluddin dan tafsir di Universiti Al-Azhar di Mesir, kini menyumbang sebagai wartawan. Dalam episod No Tapis kali ini, kami mewawancara wartawan terbaru Berita Harian, Encik Mohd Hazman Abd Aziz. Meskipun merancang menjadi asatizah sebelum ini, beliau berkongsi begaimana beliau kini berbakti kepada masyarakat dengan cara yang berlainan. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
10b6d20434002217ee76a06e96f91b3196e832bdfc0b5559adf89cac1f8e5d58
2024-07-12 29:03 Dengar
Belia terlalu liberal dengan dadah, apa ibu bapa boleh buat?

Mudahnya nak dapatkan dadah melalui media sosial dan pemaparan gaya hidup sensasi pengedar dadah antara sebab bagi sifat liberal sesetengah belia terhadap dadah. Jadi, apa yang boleh dilakukan ibu bapa untuk memastikan komunikasi terbuka dengan anak-anak dan mengenal pasti tanda awal anak-anak mereka sudah terjebak dengan dadah? Dalam podcast NoTapis kali ini, pakar ketagihan daripada Persatuan Anti-Narkotik Singapura (SANA), Cik Nasirah Nasir dan Presiden Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Islam Singapura (Pergas) yang juga berkhidmat dalam Lembaga Anggota Pelawat, Perkhidmatan Penjara Singapura, Ustaz Tarmizi Wahid menyentuh tentang gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia dan peranan yang perlu dimainkan ibu bapa dalam menangani hal ini. See omnystudio.com/listener for privacy

Butiran teknikal
GUID
93363e485a1f74595841ce99f5668498ef6da131635aacc3befc7e833a79cf4e
2024-07-04 48:28 Dengar
Dari kecil dah jadi mangsa dadah

Bila kita bincangkan tentang dadah, kita selalu cakap tentang penyalah guna dan bagaimana mereka terjejas akibat dadah. Namun, kita jarang dengar tentang apa yang dilalui ahli keluarga mereka yang menderita disebabkan mereka.Sempena Hari Dadah Sedunia pada 26 Jun, No Tapis bercakap dengan Encik Rizal Mustafa dan Cik Siti Rozianti Ahmad Ramlee yang menjadi mangsa apabila bapa mereka menyalah guna dadah. Dalam episod ini, mereka berkongsi bagaimana dadah telah memusnahkan keluarga mereka dan meragut nyawa seorang ahli keluarga. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
88f73d1942337a09578eaf004cc4b27c384546189405079346a511286a866119
2024-06-28 37:54 Dengar
Berenang dengan sebelah tangan...boleh ke?

Meskipun dilahirkan sebelah tangan tidak terbentuk sempurna, ini tidak menjadi hambatan bagi Moza Alyka Baihakki melakukan apa yang diimpikan, iaitu untuk berenang mewakili negara. Dalam episod No Tapis kali ini, Moza dan bapanya, bekas pemain bola sepak negara Baihakki Khaizan berkongsi perjalanan dan persiapan untuk mencapai sasaran menyertai Sukan Paralimpik 2026. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
90bc9553add85f00950e14469ab7532e91ab5899210242b861c5c1a63ffef90e
2024-06-21 43:22 Dengar
Bukan gila tapi ada penyakit jarang jumpa

Bayangkan, anda tidak sihat dan pergi ke doktor untuk mendapatkan bantuan. Tetapi, semua ujian kesihatan anda tidak menunjukkan sebarang isu malah, doktor menuduh anda menipu tentang kesihatan anda. Ini yang berlaku kepada Encik Hazwady Nazran. Dalam episod No Tapis kali ini, Encik Hazwady, seorang pencipta lagu berkongsi pengalamannya mengalami penyakit autoimun yang jarang ditemui, anti-NMDA Encephalitis. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
8b0893361f8207fee836eaedd1b84606e438f579302fb1251501316ef298c4c2
2024-06-14 37:39 Dengar
Ibu bapa tak tahu jaga anak?

“Tahniah! Awak dah jadi seorang ibu/bapa sekarang!” Kata-kata ini menandakan mulanya perjalanan baru bagi setiap pasangan yang baru menimang cahaya mata. Namun, jelas perjalanan tersebut bukan mudah. Dalam podcast No Tapis kali ini, Pegawai Program KidSTART, Cik Halimah Ghazalie dan Cik Jazimah Haron berkongsi cabaran yang biasa dihadapi ibu bapa serta menekankan pentingnya peranan ibu bapa dalam pembangunan awal kanak-kanak. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
889880c9bfd8812d5ee1ade4824fa2d919abe6937ac4b19a9452d3c473ddc21f
2024-06-07 34:12 Dengar
Apabila pembantu rumah bercuti….

Lazimnya pembantu rumah di Singapura akan meluangkan hari cuti mereka dengan kegiatan riadah seperti berkelah atau bersiar-siar. Namun ada juga segelintir yang memanfaatkan masa itu untuk meningkatkan diri. Episod No Tapis kali ini menampilkan pembantu rumah, Sri Mulyani dan Fitri yang berwawasan dan berkongsi usaha mereka mempertingkat kemahiran melalui pelbagai kursus supaya dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa apabila pulang ke Indonesia nanti. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
214f68f28711c3eac3b0e5732bd96994bb58803fe13b65e2181cf61997d4f85c
2024-05-31 42:35 Dengar
Cheekies ingin berkembang jadi jenama antarabangsa?

Mula sebagai perniagaan untuk bantu keluarga, pengasas Cheekies, Encik Nabill Shukry Johari, kini ingin kembangkan perniagaan ke Indonesia. Dalam podcast No Tapis kali ini, Encik Nabill berkongsi perjalanannya sebagai anak muda yang mengendali perniagaan sepenuh masa, bekerja sepenuh masa dan belajar sebagai pelajar sambilan. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
c66061adabd34e99e95725b018dbceae56878838b15b77b091841da76abf1cbf
2024-05-24 31:13 Dengar

Lagi daripada Berita Harian

Tiada podcast lain yang diterbitkan daripada pencipta ini tersedia pada masa ini.

Data podcast dan karya seni adalah milik pencipta dan penerbit mereka. Laman web ini menyediakan data direktori dan pautan sumber sahaja.