Butiran podcast
Audio Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Penerangan
Himpunan Audio Pendidikan terbitan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia #TVP #Pendidikan #KPM #MOE #AudioPendidikan
Butiran
Episod podcast terkini
200 episod tersedia (Jumlah RSS 212; menunjukkan terkini 200) · Halaman 1 daripada 20
| Episod dan kandungan | tarikh | Tempoh | Dengar |
|---|---|---|---|
|
Bahasa Melayu Tahun 5 - Kata Nafi
Tajuk ini akan membincangkan tentang aspek tatabahasa iaitu Kata Nafi. Kata Nafi boleh dibahagi kepada dua iaitu bukan dan tidak. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang penggunaan Kata Nafi bukan dan tidak dengan betul. Pentaksiran berbentuk formatif juga diberikan setelah selesai satu-satu sub-topik dibincangkan. Butiran teknikal
|
2025-02-17 | 00:24:11 | Dengar |
|
Bahasa Melayu Tahun 4 - Puisi: Pantun
Pantun merupakan bahan sastera yang menyerap keindahan dan kesantunan bahasa. Penyampai akan menerangkan asal usul pantun, jenis – jenis pantun dan langkah – langkah mudah membina pantun. Pentaksiran berbentuk struktur dan suai padan pada akhir pengajaran. Butiran teknikal
|
2025-02-12 | 00:23:54 | Dengar |
|
Bahasa Melayu Tahun 4 - Kata Sendi Nama
Tajuk ini membincangkan tentang cara mengenal pasti kata sendi nama. Selain itu, tajuk ini juga akan menjelaskan tentang penggunaan kata sendi nama dengan betul untuk membina ayat. Murid-murid turut dibimbing menyebut kata sendi nama dengan sebutan dan intonasi yang betul. Seterusnya, pentaksiran berbentuk formatif diberikan setelah topik selesai dibincangkan. Butiran teknikal
|
2024-12-09 | 00:22:42 | Dengar |
|
Bahasa Melayu Tahun 1 - Tatabahasa: Kata Nama Am
Tajuk ini membincangkan tentang cara mengenal pasti kata nama am mengikut lima jenis kumpulan. Selain itu, tajuk ini juga membincangkan tentang penggunaan kata nama am dengan betul dalam membina ayat. Murid-murid turut dibimbing menyebut kata nama am dengan sebutan dan intonasi yang betul. Seterusnya, pentaksiran berbentuk formatif diberikan setelah topik selesai dibincangkan. Butiran teknikal
|
2024-12-05 | 00:26:10 | Dengar |
|
Bahasa Melayu Tahun 1 - Tatabahasa: Kata Ganti Nama Diri
Tajuk Kata Ganti Nama mendedahkan keperluan murid Tahun Satu untuk memahami dua aspek penting dalam kata ganti nama iaitu kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama tunjuk. Objektif pengajaran kata ganti nama kepada murid Tahun Satu bertujuan supaya murid dapat mengenal pasti penggunaan kata ganti nama diri mengikut kepelbagaian konteks yang disediakan. Murid juga didedahkan dengan jenis kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama tunjuk umum dan tempat. Butiran teknikal
|
2024-12-05 | 00:27:14 | Dengar |
|
Bahasa Melayu Tingkatan 2 - Sajak: Kucari Damai di Sini
Tajuk sajak Kucari Damai di Sini daripada Antologi Baik Budi Indah Bahasa ini akan membincangkan tentang maksud setiap rangkap sajak serta komponen sastera yang terkandung dalam sajak ini. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran. Tajuk ini akan diakhiri dengan latihan pemahaman berkaitan komponen sastera dalam sajak yang telah dipelajari. Pentaksiran berbentuk formatif juga diberikan setelah selesai satu-satu subtopik dibincangkan. Butiran teknikal
|
2024-12-04 | 00:25:56 | Dengar |
|
EKONOMI: TINGKATAN 4 - Keanjalan Harga Permintaan
Rancangan ini menjelaskan tentang konsep keanjalan harga permintaan dan membuat pengiraan mudah, menjelaskan keanjalan permintaan dengan rajah, menjelaskan penentu keanjalan harga permintaan, menerangkan hubungan dalam harga dengan perubahan dalam jumlah hasil bagi keanjalan yang berbeza. Butiran teknikal
|
2024-12-03 | 00:41:37 | Dengar |
|
KOMSAS - Peminangan Puteri Gunung Ledang
SINOPSIS Selepas kemangkatan Permaisuri, Sultan Mahmud berhasrat untuk beristeri lagi. Hasratnya itu telah dimaklumkan kepada Bendahara dan para pembesar istana. Setelah berbincang, Sultan Mahmud melahirkan hasrat untuk berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang untuk membezakannya daripada raja-raja lain. Baginda telah menitahkan Tun Mamat untuk melaksanakan tugas peminangan, bersama-sama Laksamana, Sang Setia dan beberapa orang Inderagiri. Setelah menempuh pelbagai rintangan, akhirnya hanya Tun Mamat dan dua orang pengiring sahaja yang berjaya tiba di puncak gunung Ledang. Tun Mamat telah menyaksikan pelbagai keajaiban sewaktu berada di puncak gunung tersebut. Tun Mamat mendapati buluh perindu berbunyi, bunga bunga menyanyi, balai diperbuat daripada tulang dan atapnya daripada rambut. Setelah Butiran teknikal
|
2024-03-29 | 00:24:25 | Dengar |
|
PENDIDIKAN ISLAM: TINGKATAN 3 - Hindari Sifat Negatif
Tajuk Hindari Sifat Negatif ini akan membincangkan tentang hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Anas Bin Malik R.A yang terkandung di dalamnya doa yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W agar dihindari dari 4 sifat negatif. Sifat-sifat negatif ini akan diterangkan secara terperinci agar ianya dapat dihindari oleh murid. Tajuk ini akan diakhiri dengan latihan pengukuhan agar kehafaman murid-murid dapat dinilai dan diukur. Pentaksiran berbentuk formatif juga diberikan setelah selesai satu-satu sub-topik dibincangkan. Butiran teknikal
|
2024-02-02 | 00:28:09 | Dengar |
|
SEJARAH: TINGKATAN 2 - Pengasasan Kerajaan Johor Riau
Rancangan in mengisahkan tentang Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan ini mewarisi dan meneruskan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Kepimpinan Kesultanan Johor Riau berjaya menghadapi cabaran kearah kegemilangan. Butiran teknikal
|
2024-01-26 | 00:27:29 | Dengar |
Lagi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia
Tiada podcast lain yang diterbitkan daripada pencipta ini tersedia pada masa ini.
Podcast yang serupa
Data podcast dan karya seni adalah milik pencipta dan penerbit mereka. Laman web ini menyediakan data direktori dan pautan sumber sahaja.