Butiran podcast

No Tapis

Berita Harian

Penerangan

Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual. Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi. Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

Butiran

Episod podcast terkini

200 episod tersedia (Jumlah RSS 561; menunjukkan terkini 200) · Halaman 6 daripada 20

Episod dan kandungantarikhTempohDengar
Episod 443 NoTapis: Dulu mangsa buli, sekarang pengasas NGO tempatan

Pernah dibuli, tinggal di rumah perlindungan dan bergelut dengan kemurungan—hari ini Muhamad Imran Mean, Pengasas, IM Volunteer Network SG mempunyai lebih 400 relawan di Singapura, Malaysia dan Indonesia. Dari agih buah ketika COVID-19 hingga melatih belia melalui bisnes dim sum halal, Imran membina ekosistem “Run by youth, for youth”. Dengarkan bagaimana trauma berubah menjadi tujuan—serta 3 prinsipnya: belajar sepanjang hayat, jangan putus asa, dan kuasa membina rangkaian See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
90635292021300096234957ddb9d16a36fb52bf03f7dd4f9e8ca383c9c33b778
2025-09-26 41:29 Dengar
Captain Fantastic: Di Sebalik Legenda Hariss Harun

Bayangkan umur 16 tahun sudah kena tanya: “Ready main untuk negara?” Dia bukan saja kapten pasukan Singa, tapi Captain Fantastic untuk semua…sehinggakan TMJ lantiknya kapten JDT! Kini Hariss Harun ‘luaskan kuasanya’ dengan berjinak-jinak sebagai pentadbir bola sepak SG! Ikuti Hazman Abdul Aziz dan Farehan Hussein sembang bersama Hariss dalam episod ketujuh (segmen 1 daripada 2) vodcast Kaki Bola ini. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
8f138fa34d1b6143934ddeeef340af6f962d6d1b06c9733530c20486cd13adec
2025-09-26 37:22 Dengar
28 tahun berbakti di Muis: Antara kepuasan & cabaran mantan Timbalan Mufti

Selepas hampir tiga dekad berbakti di Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dengan memainkan pelbagai peranan, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan, 59 tahun, melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Mufti pada 31 Julai 2025. Dalam episod podcast BHerbual kali ini, beliau ceritakan antara kenangannya di Muis termasuk pencapaian, cabaran dan harapannya bagi masyarakat Islam Singapura. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
6c650ebf8d2760f8efeccc4e469ebe6e7bd6d515b2cbe9ea0e1c8cd2c8bbdd8a
2025-09-23 17:42 Dengar
"Wanita main bola, orang tak pandang?” Hakikatnya ramai bakat hebat sedang beraksi di padang!

Skuad wanita LCS tekankan – tanpa sokongan peminat, liputan media & penaja, bola sepak wanita Singapura susah nak melangkah jauh.Jom beri mereka ‘spotlight’ See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
b2e4165c7444436d0db421f47e53dda4766465f3a3a80d6df6987f579c82de98
2025-09-20 25:10 Dengar
Episod 442 NoTapis: Ada flat HDB? Jangan terus jual! Ini ‘hack’ bersara dengan tenang

Selepas hampir 40 tahun berkhidmat di SMRT, Encik Hamzah Suria akhirnya memilih untuk bersara. Tetapi persoalannya sama seperti ramai warga emas lain: cukupkah duit untuk hari tua? Dalam episod ini, kami bersama pengurus kanan estet HDB Cik Nurul Nadirah Khalid, yang menjelaskan bagaimana Skim Beli Pajakan Balik (LBS) boleh membantu warga emas menambah pendapatan persaraan untuk hari tua nanti. Dari salah faham rakan-rakan di kedai kopi, hingga manfaat sebenar yang memberikan ketenangan minda, episod ini membuka mata tentang bagaimana LBS dan skim lain yang ditawarkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) boleh mengubah cara kita merancang persaraan. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
11c4e2caaf422970eb61034829493f1937e17ba2d40fa4c04585bf854babf8ed
2025-09-18 23:10 Dengar
‘Me First’ atau ‘We First?’: Mencari ruang bagi kepelbagaian dalam Parlimen Ke-15

Parlimen ke-15 menampilkan Anggota Parlimen daripada dua parti iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan Parti Pekerja (WP) berbanding tiga parti - PAP, WP dan Parti Kemajuan Singapura (PSP) - sebelum ini. Bersama Profesor Madya Walid Jumblatt Abdullah, episod podcast BHerbual kali ini membincangkan cabaran dan keperluan bagi perbahasan yang lebih inklusif dalam landskap politik sekarang serta peranan penting yang perlu dimainkan setiap Anggota Parlimen untuk memastikan suara rakyat didengar. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
d28c21d18a0866db8bfea389375d61278117049d81cad3a869c590cebf1c697b
2025-09-15 32:08 Dengar
Perlukah bagi suara pembangkang yang lebih berani di Parlimen?

Perlukah Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP) bersikap lebih berani di Parlimen? Dengan 12 AP WP dan populariti yang semakin meningkat, Profesor Madya Walid Jumblatt Abdullah berpendapat mungkin sudah tiba masanya untuk mereka lebih lantang bersuara. Episod podcast BHerbual kali ini antara lain membincangkan peranan Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, dan AP WP Melayu baru dalam mengetengahkan isu-isu yang penting di Parlimen. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
a4f83619346caf38eb534ff7f76e613b328700acf213ee3db9b4a89be62452a8
2025-09-15 16:25 Dengar
Noh Alam Shah: Dulu ‘raja’ kontroversi, sekarang bimbing pemain muda jadi berdisiplin

“Penyerang ‘maut’ Noh Alam Shah suatu ketika dulu seperti tak boleh dipisahkan dengan kontroversi di padang. Kini beliau beralih peranan, membimbing generasi baru agar tidak ulangi kesilapannya, sambil komited melatih pemain muda bermain dengan lebih matang dan berdisiplin. 01:57 — Asal-usul gelaran ‘Along’ 02:52 — Minat berputik: “tiang gol” tong sampah 05:30 — Dibesarkan dua “mak”: berdikari tanpa bapa 06:45 — “Kebolehan jaringkan gol, tak boleh diajar” 10:31 — “Pada usia 14 tahun, saya terpaksa berhenti sekolah…” 17:04 — Insiden Bennett: Apa yang terjadi? 22:02 — Pengajaran “jangan selalu jadi hero” 27:03 — Keluarga & anak-anak ‘Along’ 28:12 — Ketua Jurulatih Tanjong Pagar: identiti, disiplin & sasaran 34:38 — Generasi baru: mentaliti dan ‘loyalty’ 36:36 — “Saya terhutang budi pada Teo

Butiran teknikal
GUID
d59d81bf610fec1715615f557bad5d43e5d7e31a011e17dffcb2c24d1dcb2be5
2025-09-12 53:22 Dengar
Dua Bapa, dua pengorbanan berbeza…

Apa sanggup anda lakukan demi keluarga? ✨ Dalam episod khas Bulan Kebapaan ini, kami bawakan dua kisah pengorbanan luar biasa seorang ayah. 🏆 Encik Suyasman Yadoni, pemenang Anugerah Bapa Cemerlang 2025 oleh Bapa Sepanjang Hayat (BSH), sanggup meninggalkan kerjaya selama lebih 30 tahun demi menjaga isterinya yang terlantar di hospital hampir empat bulan, sambil terus menjadi tunjang keluarga. 💙 Encik Mohamed Hussain Adam Shah, finalis Anugerah Bapa Cemerlang, pula berjuang mendampingi isterinya yang bergelut dengan kemurungan, sambil memikul tanggungjawab besar sebagai ayah. Kisah mereka bukan sahaja menyentuh hati, tetapi juga membuka mata tentang erti kasih sayang, ketabahan dan tanggungjawab seorang lelaki sejati. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
9be4c4c9ee4ec7406b59ad348743cbe252d5ac40415740ae477cb5e4fed327de
2025-09-12 30:10 Dengar
Noor Ali: Antara bola sepak dan pelajaran, keseimbangan kunci kejayaan

Bola sepak dan pelajaran boleh jalan seiring, tapi yang penting keupayaan untuk imbangi kedua-dua dengan baik. Ketua jurulatih Geylang International, Noor Ali sentuh tentang pentingnya keupayaan pemain mengimbangi komitmen berbeza, disiplin, dan juga perbezaan pemikiran antara generasi dalam episod Kaki Bola kali ini. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
f27bd88dd02f0bf3d67bc5a5c5a139e0b71a7d8874e6c51c11a49358080b72d0
2025-09-06 42:54 Dengar

Lagi daripada Berita Harian

Tiada podcast lain yang diterbitkan daripada pencipta ini tersedia pada masa ini.

Data podcast dan karya seni adalah milik pencipta dan penerbit mereka. Laman web ini menyediakan data direktori dan pautan sumber sahaja.