Butiran podcast

No Tapis

Berita Harian

Penerangan

Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual. Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi. Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

Butiran

Episod podcast terkini

200 episod tersedia (Jumlah RSS 561; menunjukkan terkini 200) · Halaman 9 daripada 20

Episod dan kandungantarikhTempohDengar
NoTapis Personaliti - Bahren Shaari: Dari anak kampung jadi CEO bank antarabangsa

Daripada menaip lebih 100 permohonan kerja menggunakan mesin taip ke jawatan tertinggi sebagai CEO Bank of Singapore, Bahren Shaari berkongsi kisah luar biasa tentang ketabahan, prinsip hidup, dan keberanian untuk berfikir besar. Dalam episod ini, beliau membuka kisah peribadinya — membesar di kampung, cabaran sebagai anak Melayu dalam dunia kewangan, bagaimana beliau kekal merendah diri di puncak kejayaan, dan nasihat buat generasi muda hari ini. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
418fac0d1475cdbe9df86c004d5237328d5344eddaca618db5db7699aad052c1
2025-08-08 18:52 Dengar
Pengiktirafan Palestin: Harapan untuk masa depan lebih aman?

[BHGN 3] Pengumuman bersama sekumpulan negara yang menyokong pengiktirafan terhadap negara Palestin merupakan satu langkah bersejarah. Namun, adakah ia akan membawa kepada tindakan yang benar-benar bermakna untuk rakyatnya? See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
ef15d2b4c629e9430e0892ebb26adf59cc87489e8ab9738b02958583802e51ff
2025-08-08 24:26 Dengar
Ijazah dari mana tak sepenting bidang kemahiran yang dipilih

Sama ada ijazah dari universiti awam atau privet bukan menjadi penentu masa depan. Tapi bidang kemahiran yang dipilih menentukan peluang kerjaya. Episod podcast BHerbual kali ini kupas kemahiran yang lulusan universiti perlu ada untuk memenuhi keperluan industri bersama Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Changi, Encik Sharael Taha dan Pengarah Program Pembangunan Eksekutif Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Dr Faisal Aman. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
58ef051fc422953216147bbfa4d8fc6c8b10cdfefade457853a1e1d531d60bc1
2025-08-05 31:17 Dengar
Ijazah dah ada, apa lagi yang majikan cari?

Ijazah dah ada, resume pun dah cantik. Tapi kenapa masih susah nak dapat kerja? Episod podcast BHerbual kali ini kupas apa yang sebenarnya dicari majikan dalam pasaran kerja sekarang bersama Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Changi, Encik Sharael Taha dan Pengarah Program Pembangunan Eksekutif Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Dr Faisal Aman. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
8e078880a9a0fd00b0d1591aff9be36d8c7ac83db9f9546cfa9ffb48b6ca2aa9
2025-08-04 30:36 Dengar
NoTapis Personaliti - Rafaat Hamzah: “Muka saja ‘gangster’, tapi sebenarnya saya….”

NOTAPIS PERSONALITI Rafaat Hamzah dan watak ‘gangster’ macam tak boleh dipisahkan. Tapi siapa sebenarnya di sebalik wajah ‘bengis’ itu? Mekanik pusat boling boleh jadi pelakon, pengarah, penyair dan seniman serba boleh yang memainkan peranan bentuk seni Melayu Singapura. Dalam episod ini, Rafaat Hamzah dedahkan semuanya: pengalaman di penjara, realiti untuk seniman di Singapura dan….cita-cita beliau nak jadi arkitek? See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
48899824b9fa8340e9f3694efe10eb41dd7368ffaf8b26152b4091ad3518898d
2025-08-01 20:41 Dengar
Kenapa Sharon Ismail dah tak keluar TV lagi?

Dulu memang sering lihat wajahnya di TV, baik sebagai pelakon atau pengacara. Tapi sekarang semakin jarang, sampai ada yang tanya “Sharon Ismail dah tak dipanggil berlakon lagi ke?” Tak ramai yang tahu sebenarnya beliau kini dalam industri berbeza. Dalam episod ini, beliau berkongsi dilema ‘imposter syndrome’, kerjaya beliau sebagai pensyarah, cabaran industri media dan….pengalamannya sebagai ‘ratu bunian’? See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
2b95658e4768edcd65fe94220446ec8d8275b5a5bc6a3df1a5bbf703beb37a72
2025-07-18 43:27 Dengar
Kisah jatuh bangun Ismail Gafoor 25 tahun bersama PropNex

Daripada rumah sewa di Lengkok Bahru kepada memimpin agensi hartanah terbesar di Singapura. Dalam episod BHerbual ini, Pengasas Bersama dan Pengerusi Eksekutif PropNex, Encik Ismail Gafoor, berkongsi kisahnya menerajui PropNex - bermula sebagai agensi kecil, berdepan perpisahan mengejut dengan rakan kongsi, hingga tersenarai dalam Bursa Singapura (SGX) dengan lebih 13,000 ejen hari ini. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
c3e5fc2bc2aa1695fb6e0160ee30dddd09da0556805dd43a5e58b9afac14050f
2025-07-16 9:42 Dengar
Orang muda lebih berani beli rumah privet, tapi harus ikut kemampuan

enerasi muda Melayu kini lebih yakin membeli rumah privet, malah ada yang terus membelinya sebagai rumah pertama mereka. Dalam episod BHerbual ini, Pengasas Bersama dan Pengerusi Eksekutif PropNex, Encik Ismail Gafoor, antara lain kongsi bagaimana sikap masyarakat Melayu telah berubah dari segi pemilikan hartanah dan mengapa penting untuk rancang kewangan dari awal. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
c42b5f12fc41bd5c433836d8c7f360c6ee1ba152b0674c46b08d865d468521a0
2025-07-16 14:57 Dengar
Ismail Gafoor cipta legasi PropNex bukan untuk anak, tapi untuk masyarakat

Selepas 25 tahun membina agensi hartanah terbesar di Singapura, Encik Ismail Gafoor tidak perlu anak-anaknya menjadi pewaris utama PropNex. Sebaliknya, beliau fokus membina sistem yang mampan berasaskan meritokrasi dan legasi yang memberi manfaat kepada masyarakat. Dalam episod BHerbual ini, pengasas bersama dan pengerusi eksekutif PropNex itu kongsi visi jangka panjang PropNex dan bagaimana syarikat itu ingin menyumbang semula kepada masyarakat. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
a6b12d68ee9978738532c187d0ca105e98ab783fb9c6dfc08490e5e0ae058a67
2025-07-16 10:53 Dengar
Di sebalik topeng, ada cerita…

Bukan sekadar ‘menari suka-suka’ — dua anak muda dari Singapura, Megan Lee dan Tyara Cynta Puteri Noor Azhar, sanggup ke Indonesia untuk belajar tari topeng , seni tarian purba yang kaya dengan cerita rakyat dan unsur teater. Mereka adalah dua daripada empat individu yang terlibat dalam residensi inisiatif yang dikendalikan Yayasan Warisan Melayu (MHF), di bawah Program Pensijilan Seni (ACP) dengan kerjasama Universiti Negeri Malang, Indonesia. Bersama Cik Rilla Melati Bahri, Pengurus Besar MHF, NoTapis kali ini mengupas tarian nusantara ini dan belajar bagaimana penggiat-penggiat seni ini dapat terus melestarikan seni nusantara. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Butiran teknikal
GUID
e52d0fb962563600172d33237ed10b56aa1bc2fca7c63b38bb86c2b30182e83f
2025-07-11 38:57 Dengar

Lagi daripada Berita Harian

Tiada podcast lain yang diterbitkan daripada pencipta ini tersedia pada masa ini.

Data podcast dan karya seni adalah milik pencipta dan penerbit mereka. Laman web ini menyediakan data direktori dan pautan sumber sahaja.