Butiran podcast
Better Call Sukan
Audio+
Penerangan
Better Call Sukan dihoskan oleh Arief Danial membawa anda mendalami dunia sukan daripada akar umbi sehingga ke tahap profesional. Tetamu-tetamu yang mereka bawakan merupakan orang-orang hebat yang berada di dalam bidang sukan. Podcast ini akan membuka minda anda tentang cerita disebalik personaliti sukan, bukan sahaja sebagai atlet, pengamal, pemain, tetapi juga daripada mereka yang berada di sebalik sebuah individu & pasukan.
Butiran
Episod podcast terkini
140 episod tersedia · Halaman 9 daripada 14
| Episod dan kandungan | tarikh | Tempoh | Dengar |
|---|---|---|---|
|
EP 29 Izaldin; Chess | Better Call Sukan
Dalam episod Better Call Sukan kali ini, kami bawakan perbincangan menarik tentang chess bersama Coach Izaldin, seorang jurulatih chess berpengalaman yang memulakan minatnya sejak darjah 5. Coach Izaldin berkongsi bagaimana sukan ini berkembang di Malaysia, dari kisah persaingannya hingga cara melatih pemain chess Paralimpik. Beliau juga menyentuh tentang strategi permainan, seperti pergerakan khas 'castling' dan taktik checkmate. Kalau anda rasa chess hanya permainan biasa, episod ini akan buat anda lihat chess dari sudut yang lebih mendalam dan penuh cabaran! Butiran teknikal
|
2024-09-24 | 1:11:43 | Dengar |
|
EP 28 Norma Noordin; Sailing | Better Call Sukan
Selami dunia berlayar dalam episod santai ni, di mana guest kita Norma berkongsi minatnya pada laut luas. Berlayar adalah tentang mencari ketenangan, dan dalam episod ni, Norma kongsikan apa sebenarnya perasaan tu. Beliau juga ceritakan tentang cabaran yang pernah dihadapi, tapi juga momen-momen tenang yang buat belayar begitu istimewa. Dengan nada tenang, Norma juga bawa kita menyelami setiap bahagian bot layar dan bagaimana semuanya berfungsi. Sesuai untuk yang sukakan cerita laut! Jom dengar episod ini dan rasa seolah-olah berlayar bersama Norma! Butiran teknikal
|
2024-09-17 | 1:26:30 | Dengar |
|
EP 27 Alfie & Romeo; Football Referee | Better Call Sukan
Better Call Sukan kali ini berbeza daripada episod-episod sebelumnya. Bukan mengenai pemain bola sepak, tetapi fokus kepada individu yang tidak kurang pentingnya di padang iaitu pengadil. Tanpa pengadil, perlawanan bola sepak tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kita bawakan pengadil dari London, UK – Alfie Watts, Pemenang BBC Race Across the World & Pengasas RefPro, serta Romeo Rojas, Pengarah RefPro. Mereka berkongsi pengalaman berharga sebagai pengadil bola sepak di peringkat antarabangsa. Walaupun teknologi moden seperti VAR atau Video Assistant Referee kini semakin digunakan, penilaian daripada pengadil tetap memainkan peranan penting. Sentuhan manusia dalam penilaian bola sepak masih diperlukan. Jom dengarkan perkongsian dan pengalaman mereka di UK yang mungkin kita boleh adaptasika Butiran teknikal
|
2024-09-10 | 1:26:18 | Dengar |
|
EP 26 Viko; Sports Artist | Better Call Sukan
Kita ada kelainan sikit untuk episode Better Call Sukan minggu ini. Kita ada sports artist dari New Zealand yang dah lama menetap di Malaysia. Dari zaman kanak-kanak yang kurang pengetahuan tentang sukan tapi penuh semangat, hinggalah menjadi seorang sports artist. Beliau berkongsi pengalaman dan detik-detik yang membentuk perjalanannya dalam dunia sukan. Beliau cakap, sukan ni macam ballerina- kena kira setiap langkah? Jom kita dengar inspirasi dan kisah seronok sepanjang kariernya. Butiran teknikal
|
2024-09-03 | 1:36:19 | Dengar |
|
EP 25 Jes; Downhill Skateboarding | Better Call Sukan
Dalam episod Better Call Sukan kali ni, kita masuk ke dunia Downhill Skateboarding bersama Jes, rider yang memang tak takut nak turun bukit dengan kelajuan gila. Ini bukan skateboarding biasa—ni tentang rasa thrill masa meluncur laju dengan hanya papan kat bawah kaki. Jes cerita pasal seronoknya, cabaran, dan betapa syoknya rasa masa dia skate. Kalau anda minat sukan ekstrem atau sekadar nak tahu lebih, episod ni confirm buat anda rasa macam nak join ride sekali! Butiran teknikal
|
2024-08-27 | 1:39:16 | Dengar |
|
EP 24 Aish; Pound | Better Call Sukan
Episod kali ini memang rockstar! Sambil exercise, kita boleh jadi drummer tapi kita ketuk angin menggunakan ripstix. Ya, ripstix bukan rib steak. Aish ada cakap komuniti pound fitness ni dalam diam-diam dah ramai tau. Anda familiar tak dengan pound fitness? Nak tahu lebih apa yang Aish kongsikan, dengarkan episod ini di Better Call Sukan. Butiran teknikal
|
2024-08-20 | 1:14:04 | Dengar |
|
EP 23 Lesley; Dragon Boat | Better Call Sukan
Pernah imagine tak sebenarnya ada dragon boat di Malaysia? Bukan perahu, sampan atau bot nelayan ikan biasa kita nampak tu ya. Episod kali ini Lesley kongsikan tentang dragon boat yang rare. Katanya, sikap bekerjasama sayap kanan dan sayap kiri kena padu kalau nak main dragon boat ni. Menarik kan? Jom dengar di Better Call Sukan. Butiran teknikal
|
2024-08-13 | 1:11:08 | Dengar |
|
EP 22 Emma; Jump Rope | Better Call Sukan
Kalau sebut main tali skipping, ramai antara kita yang pernah main kan masa kecil-kecil dulu tapi dah besar pun kita main jump rope lagi. Ingat tak masa negara mula-mula digemparkan dengan pandemik, ada video viral orang main jump rope dalam rumah? Emma lah saah seorang yang memeriahkan komuniti jump rope ni. Bukan sekadar lompat tali, dengarkan perkongsian Emma mengenai sukan jump rope di Better Call Sukan kali ini. Butiran teknikal
|
2024-08-06 | 1:16:46 | Dengar |
|
EP. 21 Ahmed Zareh; MMA | Better Call Sukan
Lain macam episod Better Call Sukan kali ini, kita ada champion MMA di studio! Mesti semua orang pun fikir benda yang sama macam Arief kan, ingatkan MMA ni 'ibu' kepada semua seni pertahankan diri, sebenarnya bukan ya. Tapi champion Ahmed Zareh ni banyak martial art boleh buat, kita tak boleh relate lah :( Jom dengar Better Call Sukan minggu ni bersama atlet MMA Ahmed Zareh yang hebat. Butiran teknikal
|
2024-07-30 | 1:32:01 | Dengar |
|
EP 20 Syifa & Ameerah; Rollerskating | Better Call Sukan
Kalau kita pergi taman permainan, kadang-kadang kita nampak ramai kanak-kanak main rollerskate dengan knee pad and elbow pad tapi Syifa dan Ameerah ni main rollerskate sampai ke Indonesia! Macam seronok je kan tapi kalau jatuh, bangun sendiri lah ya. Dengarkan episod rollerskating bersama adik beradik Syifa dan Ameerah di Better Call Sukan! Butiran teknikal
|
2024-07-23 | 1:11:10 | Dengar |
Lagi daripada Audio+
Podcast yang serupa
Data podcast dan karya seni adalah milik pencipta dan penerbit mereka. Laman web ini menyediakan data direktori dan pautan sumber sahaja.