Butiran podcast
Better Call Sukan
Audio+
Penerangan
Better Call Sukan dihoskan oleh Arief Danial membawa anda mendalami dunia sukan daripada akar umbi sehingga ke tahap profesional. Tetamu-tetamu yang mereka bawakan merupakan orang-orang hebat yang berada di dalam bidang sukan. Podcast ini akan membuka minda anda tentang cerita disebalik personaliti sukan, bukan sahaja sebagai atlet, pengamal, pemain, tetapi juga daripada mereka yang berada di sebalik sebuah individu & pasukan.
Butiran
Episod podcast terkini
140 episod tersedia · Halaman 8 daripada 14
| Episod dan kandungan | tarikh | Tempoh | Dengar |
|---|---|---|---|
|
EP 39 Ezzat Eddy; Running & Hiking | Better Call Sukan
Masuk hutan bukan sekadar redah sesuka hati ye! Minggu ni, kita kupas dua topik menarik: kenapa setiap ekspedisi hiking wajib ada guider yang tahu selok-belok kawasan gunung, dan bagaimana Ezzat Eddy berjaya ubah hidupnya daripada benci lari ke marathoner tegar! Ezzat juga kongsikan yang guider lokal memainkan peranan besar untuk memastikan keselamatan dan arah yang betul. Tahu tak, trek yang nampak macam jalan manusia tu mungkin sebenarnya laluan haiwan? Jangan main main, dari Gunung Kinabalu ke Annapurna Ezzat dah conquer! Jom dengar pengalaman Ezzat sebagai marathoner dan macam mana beliau conquer puncak puncak kat dunia ni! Butiran teknikal
|
2024-12-03 | 1:05:57 | Dengar |
|
EP 38 Qabil Ambak; Equestrian | Better Call Sukan
Dalam episod Better Call Sukan kali ini, kami bersama Qabil Ambak, seorang atlet equestrian kebangsaan dan juga Olympian. Dengan pengalaman lebih 30 tahun, Qabil berkongsi kisahnya bermula dari umur 10 tahun hingga mewakili Malaysia di peringkat tertinggi seperti Sukan SEA dan Sukan Asia. Beliau juga cerita tentang cabaran unik sukan equestrian, termasuk membina hubungan dengan kuda, proses latihan intensif, dan pengalaman bertanding di pentas antarabangsa. Kalau nak tahu lebih tentang perjalanan seorang Olympian dan dunia equestrian, episod ini memang wajib dengar! Butiran teknikal
|
2024-11-26 | 1:17:19 | Dengar |
|
EP 37 Aniq Kasdan; Weightlifting | Better Call Sukan
Aniq Kasdan, atlet angkat berat dan juga seorang olympian, join kita minggu ni di Better Call Sukan! Kalau nak tahu, Aniq adalah rakyat Malaysia pertama yang berjaya menang pingat di Kejohanan Angkat Berat Dunia! Dalam episod ni, Aniq share banyak benda menarik pasal dunia angkat berat – macam berapa lama kena angkat di atas pentas, berapa banyak kategori ada, dan macam mana suasana sebenar masa pertandingan. Dia juga cerita pengalaman pelik tapi betul; ada atlet yang suka main mind games masa sesi warm up. Jom dengar cerita Aniq dan explore dunia angkat berat bersama-sama! Butiran teknikal
|
2024-11-19 | 59:14 | Dengar |
|
EP 36 Dr. Seemantani; Sports and Media Law | Better Call Sukan
Dalam episod Better Call Sukan kali ini, kami mendalami topik Sports and Media Law bersama Dr. Seemantani, lawyer specializing dalam undang-undang sukan dan media, terutamanya dalam hak penyiaran dan harta intelek dalam industri sukan. Dr. Seemantani berkongsi tentang selok-belok hak siaran, undang-undang harta intelek, dan isu-isu terkini dalam dunia media sukan. Kami juga bualkan tentang kes doping, peraturan hak imej atlet, dan perbezaan hak siaran antara negara-negara ASEAN. Bagi anda yang ingin tahu lebih tentang bagaimana undang-undang mempengaruhi industri sukan dan media, episod ini memang penuh ilmu dan info menarik! Butiran teknikal
|
2024-11-12 | 59:07 | Dengar |
|
EP 35 Hassan; Yo-yo | Better Call Sukan
Dalam episod Better Call Sukan kali ini, kami bersama Hassan, juara yo-yo kebangsaan lima kali dan pemain bertaraf dunia dengan ranking ke-16! Hassan bercerita dari sejarah yo-yo yang asalnya digunakan sebagai senjata, sampai ke tahap menjadi sukan antarabangsa yang penuh skill. Hassan juga kongsi tentang kategori-kategori seperti ‘Single A’ dan ‘Double A,’ serta trick-trick ikonik seperti “Boingy-Boing” dan “Eiffel Tower” yang perlukan banyak dedikasi. Kalau nak tahu apa yang best dan mencabar dalam dunia yo-yo, episod ni memang wajib dengar! Butiran teknikal
|
2024-11-05 | 1:01:01 | Dengar |
|
EP 34 Na'im Azimi; Cycling Brewster | Better Call Sukan
Dalam episod Better Call Sukan kali ini, kami bersama Na'im Azimi, seorang “social cyclist” yang berkongsi kisah perjalanan dalam dunia basikal. Na'im mula dengan fixie, tetapi akhirnya terjun ke road cycling demi kelajuan dan kepuasan berkayuh. Kami juga sembang tentang trend fesyen basikal, peranan gear, dan pengalaman Na'im berkayuh sejauh 270km. Menariknya, Na'im juga adalah pengasas kopi tempatan, “Kopi Sebelum Kerja,” yang diinspirasikan oleh budaya cycling! Kalau anda nak tahu lebih tentang hubungan unik antara cycling dan kopi, episod ini memang untuk anda! Butiran teknikal
|
2024-10-29 | 1:04:22 | Dengar |
|
EP 33 Aiman AB & Ariff AB; Boxing | Better Call Sukan
Dalam episod Better Call Sukan kali ni, kami bersama dua adik-beradik hebat iaitu Aiman Abu Bakar dan Ariff Abu Bakar. Aiman, seorang Professional Boxer dan juga Juara WBC Asia Silver Super-Featherweight, kongsi macam mana kehidupan sebagai seorang boxer — dari struggle nak jaga berat badan sebelum fight, sampailah ke latihan intensif selama 12 minggu. Aiman juga cerita tentang pengorbanan fizikal dan mental yang perlu dilalui untuk capai kejayaan. Bersama abangnya, Ariff, yang bukan saja jadi pengurus Aiman tapi juga seorang musician. Kalau anda nak tahu lebih tentang kehidupan seorang professional boxer, episod ini pasti membuka mata! Butiran teknikal
|
2024-10-22 | 1:16:36 | Dengar |
|
EP 32 Joseph; Skateboarding | Better Call Sukan
Dalam episod Better Call Sukan kali ini, kami bersama Joseph Romy, seorang jurulatih dari Malaysia Skate Federation (MYSKAT). Joseph berkongsi bagaimana beliau terinspirasi oleh Tony Hawk dan bagaimana sukan skateboard berkembang di Malaysia, terutama selepas menjadi salah satu sukan di Olimpik. Joseph juga menerangkan cabaran menghadapi kecederaan dan bagaimana beliau kini mengajar kanak-kanak melalui sekolah skateboarding yang dimulakan bersama isterinya. Lebih menarik lagi, ada kejutan istimewa untuk hos kami, Arief, apabila pasukan produksi tiba-tiba masuk studio dengan kek hari jadinya! Kalau anda nak tahu lebih banyak tentang dunia skateboarding dan nak dengar reaksi Arief, episod ini memang tak boleh dilepaskan! Butiran teknikal
|
2024-10-16 | 1:10:47 | Dengar |
|
EP 31 Riquan; Physiotherapist | Better Call Sukan
Dalam episod Better Call Sukan kali ini, kami bersama Riquan Aqif, seorang ahli fisioterapi dari RA Rehab and Fitness. Riquan berkongsi tentang peranan fisioterapi dalam membantu atlet pulih dari kecederaan, termasuk pentingnya rawatan tisu dalam untuk pencegahan kecederaan. Riquan juga menerangkan perbezaan antara fisioterapi dan kiropraktik, serta mitos-mitos mengenai rawatan sukan. Kalau anda nak tahu cara terbaik untuk menjaga tubuh sebagai atlet, wajib dengar episod ni! Butiran teknikal
|
2024-10-08 | 1:13:16 | Dengar |
|
EP 30 Rizal; Basketball Referee | Better Call Sukan
Dalam episod Better Call Sukan kali ini, kami bawakan kisah menarik tentang dunia seorang basketball referee. Rizal, seorang referee yang berpengalaman, berkongsi cerita perjalanan beliau dari bermain di kampung sampai ke peringkat negeri. Beliau juga bercerita tentang cabaran yang pernah dihadapi, termasuk insiden penonton baling botol sebab tak puas hati. Selain tu, Rizal turut bincangkan perbezaan peraturan FIBA dan NBA, serta kepentingan kecergasan sebagai referee. Kalau nak tahu realiti kehidupan seorang basketball referee, wajib dengar episod ni! Butiran teknikal
|
2024-10-01 | 1:08:13 | Dengar |
Lagi daripada Audio+
Podcast yang serupa
Data podcast dan karya seni adalah milik pencipta dan penerbit mereka. Laman web ini menyediakan data direktori dan pautan sumber sahaja.