Butiran podcast

Better Call Sukan

Audio+

Penerangan

Better Call Sukan dihoskan oleh Arief Danial membawa anda mendalami dunia sukan daripada akar umbi sehingga ke tahap profesional. Tetamu-tetamu yang mereka bawakan merupakan orang-orang hebat yang berada di dalam bidang sukan. Podcast ini akan membuka minda anda tentang cerita disebalik personaliti sukan, bukan sahaja sebagai atlet, pengamal, pemain, tetapi juga daripada mereka yang berada di sebalik sebuah individu & pasukan.

Butiran

Episod podcast terkini

140 episod tersedia · Halaman 14 daripada 14

Episod dan kandungantarikhTempohDengar
EP10. Jamy; Women's Social Futsal & Football Malaysia - WSFM | Better Call Sukan

Dalam Better Call Sukan kali ini, kita ada Jamy daripada WSFM. Komuniti bola sepak & futsal wanita di Malaysia. Bagaimana komuniti ini ditubuhkan dan apa aktiviti yang mereka jalankan? Dengarkan Better Call Sukan bersama Arief Danial & Khal sekarang!

Butiran teknikal
GUID
7c0ecd500806ccd9828d422aaf2768fe7b11abc5db3126ed7a568d82c7d8d250
2023-08-01 1:02:56 Dengar
EP.9 Dinie; GamesMY Esports | Better Call Sukan

Kalini dalam Better Call Sukan kita bawakan Esports! Kita bawa Dinie daripada GamesMY Esports. Esports ni apa dan banyak ke komunitinya di Malaysia? Dengarkan Better Call Sukan sekarang!

Butiran teknikal
GUID
07e39949d35813f65378bfaff0993c2f09b1e25457c6044f200eac8c877825c7
2023-07-25 1:00:10 Dengar
EP.8 Syed Shahzli; Kelana Jaya Running Club (KJRC) | Better Call Sukan

Sukan yang Arief dan Khal akan bawa dalam Better Call Sukan kali ini adalah sukan berlari! Bersama pengasas Kelana Jaya Running Club (KJRC), Syed Shahzli yang menggunakan sukan sebagai 'alasan' untuk lepak dengan kawan-kawan. Hari ini, KJRC banyak memberi peluang kepada mereka yang nak mula berlari untuk sihat. Banyak tips & nasihat yang dikongsikan oleh Syed Shahzli, jadi rugi kalau korang tak dengar!

Butiran teknikal
GUID
0a34678bc849dbc4e4ed5a34b7dcc325e625d3f383b969f556e305528a7a0a0f
2023-07-18 1:04:31 Dengar
EP.7 Footgolf di Malaysia | Better Call Sukan

Korang tahu tak tentang sukan Footgolf? Sukan bola tapi dalam versi main golf. Negara kita dah sampai ke Orlando untuk World Cup! Kita bawakan pemain nombor satu dan tiga dalam Malaysia untuk perkenalkan sukan Footgolf kepada korang semua. Dengarkan Better Call Sukan bersama Khal dan Arief Danial beserta tetamu mereka, En Zul dan En Fairus.

Butiran teknikal
GUID
a1b0b16df1221406a0b8d06328fc8798697ca7daaed656ee269289def24f8711
2023-07-11 1:05:47 Dengar
EP.6 Adilla J. Sam; Bekas Pelumba Basikal Trek Kebangsaan & Berbasikal Para | Better Call Sukan

Adilla J.Sam seorang bekas pelumba basikal trek Malaysia! Ada banyak naik turun yang Adilla hadapi sepanjang beliau berada dalam sukan basikal ni. Yang pasti cerita beliau kongsikan dalam podcast ni banyak inspirasi untuk kita. Dengarkan Better Call Sukan bersama Khal dan Arief Danial sekarang!

Butiran teknikal
GUID
ace8caeed5faa0b7e6a52b723a8c5da193dc8994f9dce6c85493d1eff70b9bf8
2023-07-04 1:20:48 Dengar
EP.5 Mutiara; Bola Sepak Wanita & Pahang Rangers

Better Call Sukan kali ini, kita ada tetamu jemputan daripada Pahang Rangers dan Women in Football, Mutiara. Beliau berkongsikan perjalanan beliau dalam pengurusan bola sepak dari sudut pandang seorang wanita. Jarang kan kita dengar wanita dalam dunia bola sepak? Jadi, dengarkan Better Call Sukan bersama Khal dan Arief Danial sekarang!

Butiran teknikal
GUID
da530117cd61ab4bddb118e328d886b3db382c32677123e3ad33577ff6e03e00
2023-06-28 57:49 Dengar
EP.4 Rafiq Hang; Bola Lisut, Besbolkita | Better Call Sukan

Jarang kita tengok sukan bola lisut atau baseball di Malaysia kan? Tapi sebenarnya ada komuniti yang membawa sukan bola lisut di Malaysia ni. Bersama Encik Rafiq Hang daripada Besbolkita berkongsikan tentang sukan baseball dalam Better Call Sukan!

Butiran teknikal
GUID
f706d2064e0b3f89b68acb085d814791d4e8d280237bfff455f6f977dfd43c3f
2023-06-20 1:06:44 Dengar
EP.3 Izrin Nabil; Akar Umbi Bola Sepak Selangor | Better Call Sukan

Akar umbi bola sepak: Selangor. Bersama Khal dan Arief kali ini, Encik Izrin Nabil; Setiausaha Agung FAS. Beliau berkongsikan tentang aktiviti akar umbi bola sepak Selangor yang banyak memberi peluang kepada peminat sukan dalam negara.

Butiran teknikal
GUID
7c9ee8309227087f2ed34c82af40f40ede33637b8fcdf510a9c37711e10ac5ac
2023-06-13 58:19 Dengar
EP.2 Coach Cameron Ng; Akar Umbi Bola Sepak Malaysia

Meminati bidang sukan daripada kecil, bersama FAM bermula sebagai Ketua Unit Akar Umbi FAM, Cameron Ng kini merupakan Ketua Jurulatih Skuad Wanita B-20 Malaysia. Bagaimana perjalanan dan pendapat beliau tentang sukan di Malaysia? Dengarkan Arief dan Khal bersama coach Cameron Ng dalam Better Call Sukan!

Butiran teknikal
GUID
372cd6d5028af7a86adcd6946e88f057ac00ed41101fdf1015b833b62743dccb
2023-06-06 1:01:52 Dengar
EP.1 Better Call Sukan? | Better Call Sukan

Apa tu Better Call Sukan, padangbolasepak.com dan Rekreasi Sukan? Sebelum kita pergi lebih dalam lagi tentang sukan-sukan yang ada, kita lepak suai kenal dulu bersama hos Better Call Sukan, Arief & Khal.

Butiran teknikal
GUID
a7e13f185c389bdc18e3955eec93af24449924e5120630bdcd3ef7a85f0dae62
2023-05-30 47:50 Dengar

Lagi daripada Audio+

Data podcast dan karya seni adalah milik pencipta dan penerbit mereka. Laman web ini menyediakan data direktori dan pautan sumber sahaja.