Butiran podcast

Audio Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Penerangan

Himpunan Audio Pendidikan terbitan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia #TVP #Pendidikan #KPM #MOE #AudioPendidikan

Butiran

Episod podcast terkini

200 episod tersedia (Jumlah RSS 212; menunjukkan terkini 200) · Halaman 3 daripada 20

Episod dan kandungantarikhTempohDengar
SEJARAH TINGKATAN 4 - Penyerahan Sarawak Kepada Kerajaan British

Rancangan ini mengupas tentang penyerahan Sarawak kepada British dan penerangan mengenai sejarah moden Sarawak yang bermula dari rejim keluarga Brooke pada 1841 dan berakhir pada 1941 semasa zaman pendudukan Jepun. Selepas Perang Dunia Kedua, Sarawak diambil alih oleh pihak British.

Butiran teknikal
GUID
7d7db81eb53600c6f9cd119463331eb06c20820f43bbceb6a91ec573fb27acd9
2024-01-17 00:26:11 Dengar
SEJARAH TINGKATAN 4 - Perjuangan Rakyat Semasa Pendudukan Jepun

Rancangan ini membincangkan penentangan penduduk di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah serta perkembangan nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan semasa pendudukan Jepun, seterusnya peristiwa penyerahan kalah Jepun di negara kita dan keadaan Negara kita selepas itu

Butiran teknikal
GUID
eb6137def1c69544f7ffe61b7b069d07cbb0016b2c083151e3c0d4ddb8167dfd
2024-01-16 00:23:54 Dengar
Bahasa Melayu Tingkatan 2 : Tatabahasa : Kata Adjektif

Tajuk ini akan mendedahkan pemahaman terhadap jenis kata adjektif untuk murid tingkatan dua. Selain itu, tajuk ini juga menjelaskan pembentukan kata adjektif. Murid-murid turut dibimbing membina ayat yang betul berdasarkan perkataan yang diberikan. Penyampai membincangkan jenis kata adjektif secara koheren. Pada akhir pengajaran diakhiri dengan pentaksiran dalam bentuk item Objektif Aneka Pilihan (OAP) dan formatif setelah semua subtopik selesai dibincangkan.

Butiran teknikal
GUID
adb24a77d98ea1ba819cce354bed72505045a0050886e6cccc6fd61a807c10b9
2024-01-16 00:25:49 Dengar
Sejarah Tingkatan 4 -Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia - Lambang Negara

Rancangan ini mengupas tentang Lambang Negara serta kepentingan Lambang Negara kepada masyarakat Malaysia.Fokus utama tentang lambang serta kepentingan lambang negara akan memberikan kefahaman tinggi kepada masyarakat berbilang kaum.

Butiran teknikal
GUID
2928343f894aa1adc2cc4030ddfd2deba4962864492a7b5605e137ceea7113e6
2024-01-16 00:17:43 Dengar
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 - Poligami – Islam Menghadkan Bilangan Isteri.

Rancangan ini membincangkan tentang pengertian, hukum serta syarat-syarat poligami. Turut dibincangkan ialah kesan berpoligami yang tidak berlandaskan syarak dan hikmah-hikmahnya di samping isu-isu berkaitan poligami.

Butiran teknikal
GUID
c45ab0a9f9c40bef7db7288b445e0fb23245d44d7342ab7d32c07045f33d23c7
2024-01-15 00:29:51 Dengar
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 - Anak Amanah Allah - Anak Angkat Menurut Pandangan Islam

Rancangan ini akan membahaskan tentang pengertian anak angkat, hukum mengambil anak angkat menurut perspektif Islam serta hikmah pengharusan mengambil anak angkat.

Butiran teknikal
GUID
974fb464f03245546271c2420004484462c58dbc055b7f2652d907ea3eb41761
2024-01-15 00:28:04 Dengar
BAHASA MELAYU TINGKATAN 5 : Seloka Berbuat Istana Zaman Dahulu

Dalam bahagian pengenalan murid didedahkan kepada asal-usul penciptaan gurindam. Murid juga diperdengarkan dendangan gurindam oleh guru untuk membangkitkan keseronokan dan menarik minat murid untuk mendalami isi pelajaran. Isi pelajaran menyentuh aspek maksud gurindam mengikut rangkap, tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran. Pada akhir pelajaran, murid diberikan soalan pemahaman untuk menguji tahap pemahaman mereka.

Butiran teknikal
GUID
a245eedeeac1313979848599d2cd4112aa2f4a8f732526e74eb482434fd47549
2024-01-15 00:29:51 Dengar
Bahasa Melayu Tingkatan 3 - Cerpen: Legasi Tapai Ubi

Tajuk Cerpen Legasi Tapai Ubi ini akan membincangkan tentang kegigihan dan kesungguhan seseorang yang membuktikan makanan tradisi ini menjadi sesuatu yang memberikan manfaat kepada manusia. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang sinopsis, tema dan persoalan, plot penceritaan, watak dan perwatakan, latar serta nilai dan pengajaran. Tajuk ini di akhiri dengan latihan pengukuhan berkaitan komponen sastera dalam cerpen yang telah dipelajari.

Butiran teknikal
GUID
628c21c18348a624ac19c1177ea5ba924ad70e9e46596956aebbe3e131af6890
2024-01-15 00:26:32 Dengar
Bahasa Melayu Tingkatan 2 : Drama : Mahkamah

Tajuk Drama Mahkamah ini akan menceritakan tentang keadilan dalam menentukan sesuatu keputusan. Segala kesalahan yang dilakukan oleh seseorang perlulah diadili tanpa mengira pangkat, darjat, umur atau keturunan. Terdapat dua kes yang diceritakan dalam drama ini. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang sipnosis, tema dan persoalan, serta nilai dan pengajaran. Tajuk ini di akhiri dengan latihan pengukuhan berkaitan komponen sastera dalam drama yang telah dipelajari.

Butiran teknikal
GUID
392cf3cea8670f2c8d8d363698e0ad548b6a06d94e32672d37eeceeac73c9820
2024-01-15 00:25:06 Dengar
Bahasa Melayu Tingkatan 2 : Cerpen: Talia Dan Raksaksa

Cerpen “Talia dan Raksasa Qadqad” ini berkisarkan tentang hubungan antara manusia dan haiwan. Hubungan yang terjalin tanpa dirancang tersebut telah membuahkan bibit-bibit keakraban antara anak kecil yang bernama Talia dan haiwan yang dikenali dengan nama raksasa Qadqad. Antara komponen penting sastera yang akan diberi penelitian ialah sinopsis, tema dan persoalan, watak dan perwatakan, serta nilai dan pengajaran. Seterusnya, kupasan cerpen ini akan menerangkan secara terperinci tentang tips untuk menganalisis komponen sastera tersebut dengan cara yang lebih praktikal. Sesi pembelajaran akan diakhiri dengan latihan pengukuhan untuk mengukuhkan lagi pemahaman murid berkaitan topik yang dibincangkan. Pentaksiran berbentuk formatif juga akan diberikan setelah selesai perbincangan setiap sub to

Butiran teknikal
GUID
b1646c2181cc658466017b9d3f09e15356295a5072b26476b9af514c2a9ccad6
2024-01-15 00:28:27 Dengar

Lagi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia

Tiada podcast lain yang diterbitkan daripada pencipta ini tersedia pada masa ini.

Data podcast dan karya seni adalah milik pencipta dan penerbit mereka. Laman web ini menyediakan data direktori dan pautan sumber sahaja.