Butiran podcast
Audio Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Penerangan
Himpunan Audio Pendidikan terbitan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia #TVP #Pendidikan #KPM #MOE #AudioPendidikan
Butiran
Episod podcast terkini
200 episod tersedia (Jumlah RSS 212; menunjukkan terkini 200) · Halaman 4 daripada 20
| Episod dan kandungan | tarikh | Tempoh | Dengar |
|---|---|---|---|
|
Bahasa Melayu Tingkatan 5 - Peribahasa
Peribahasa yang diketengahkan adalah peribahasa yang terdapat dalam buku teks tingkatan 4 dan juga tingkatan 5 Tujuan pembelajaran ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang bentuk soalan yang berkaitan dengan peribahasa. Butiran teknikal
|
2024-01-15 | 00:24:29 | Dengar |
|
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 - Anak Amanah Allah - Hadhanah
Rancangan ini membincangkan tentang anak kecil memerlukan kasih sayang daripada ibu bapanya termasuk menitikberatkan hak penjagaan (hak Hadhanah) apabila berlakunya perceraian agar dapat menjadi insan yang berguna. Butiran teknikal
|
2024-01-08 | 00:23:46 | Dengar |
|
Bahasa Melayu Tingkatan 3: Sajak -Kijang Yang Lelah
Tajuk sajak Kijang Yang Lelah ini akan membincangkan tentang maksud sajak serta komponen sastera yang terkandung dalam sajak ini. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran. Tajuk ini akan diakhiri dengan latihan pemahaman berkaitan komponen sastera dalam sajak yang telah dipelajari. Pentaksiran berbentuk formatif juga diberikan setelah selesai satu-satu sub-topik dibincangkan. Butiran teknikal
|
2024-01-05 | 00:25:49 | Dengar |
|
Bahasa Melayu Tingkatan 3 : Syair: Burung Nuri
Tajuk syair Burung Nuri ini akan membincangkan tentang maksud setiap rangkap syair serta komponen sastera yang terkandung dalam syair ini. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran. Tajuk ini akan diakhiri dengan latihan pemahaman berkaitan komponen sastera dalam syair yang telah dipelajari. Butiran teknikal
|
2024-01-05 | 00:26:27 | Dengar |
|
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 - HAMKA Permata Nusantara
Rancangan ini membincangkan tentang riwayat hidup tokoh Hamka Permata Nusantara, sumbangan dalam bidang ilmu dan pemikiran dan kegigihannya mengembangkan dakwah Islamiah di Nusantara. Butiran teknikal
|
2024-01-05 | 00:23:57 | Dengar |
|
SEJARAH TINGKATAN 2 - Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
Rancangan ini adalah tentang kegemilangan kerajaan yang unggul di Alam Melayu yang menghubungkait cara dan kepentingan pembentukan empayar Kesultanan Melayu Melaka. Seterusnya, topik ini menjelaskan cara penyebaran agama Islam Kesultanan Melayu Melaka serta kesannya dan kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan. Butiran teknikal
|
2024-01-05 | 00:25:27 | Dengar |
|
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 - As-Sayyid Jamaluddin Al- Afghani
Rancangan ini membincangkan tentang biodata, keperibadian, pendidikan dan sumbangan As-Sayyid Jamaluddin Al-Afghani dalam bidang Pemikiran dan Gerakan Islam Seterusnya menganalisis idea islah beliau secara terperinci. Butiran teknikal
|
2024-01-05 | 00:29:16 | Dengar |
|
Bahasa Melayu Tingkatan 4 : Drama Berkhidmat Untuk Negara
Tajuk drama Berkhidmat Untuk Negara ini membincangkan sinopsis/binaan plot drama bagi memberi gambaran keseluruhan cerita. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang tema, persoalan, latar masyarakat, perwatakan, nilai dan pengajaran. Tajuk ini akan diakhiri dengan latihan pemahaman berkaitan inti cerita, komponen sastera dalam drama yang telah dipelajari dan soalan berbentuk KBAT berdasarkan isu dalam drama yang dipelajari. Pentaksiran berbentuk formatif diberikan pada akhir sesi pembelajaran sebagai latihan pengukuhan Butiran teknikal
|
2024-01-04 | 00:24:34 | Dengar |
|
Bahasa Melayu Tingkatan 4 : Teknik Menulis Pendahuluan
Tajuk penulisan pendahuluan karangan ini akan membimbing murid menghasilkan pendahuluan karangan jenis pantun dan takrif umum. Tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang penghasilan pendahuluan yang mempunyai ‘impression’ yang baik dan tautan yang mantap. Sesi pembelajaran bermula dengan analisis soalan hinggalah penghasilan dua jenis pendahuluan ini secara sempurna. Teknik ini membolehkan murid menghasilkan pendahuluan menggunakan tajuk karangan yang lain. Teknik terarah ini mampu membantu murid untuk tidak memasukkan isi karangan ke dalam bahagian pendahuluan karangan. Butiran teknikal
|
2024-01-04 | 00:20:58 | Dengar |
|
Bahasa Melayu Tingkatan 4 : Syair Bidasari
Dalam bahagian pengenalan murid diperdengarkan dendangan syair oleh guru untuk membangkitkan keseronokan dan menarik minat murid untuk mendalami isi pelajaran. Isi pelajaran menyentuh aspek maksud syair mengikut rangkap, tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran. Pada akhir pelajaran, murid diberikan soalan pemahaman untuk menguji tahap pemahaman mereka. Butiran teknikal
|
2024-01-04 | 00:28:32 | Dengar |
Lagi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia
Tiada podcast lain yang diterbitkan daripada pencipta ini tersedia pada masa ini.
Podcast yang serupa
Data podcast dan karya seni adalah milik pencipta dan penerbit mereka. Laman web ini menyediakan data direktori dan pautan sumber sahaja.